Nuffnang

Jumaat, 2 Ogos 2013

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


Mulut Orang, Kita Susah Nak Tutup – <b>Lisdawati</b> | - Beautifulnara

Posted: 15 May 2013 09:01 PM PDT


Selepas memberitahu yang dirinya kini bertudung tetapi masih menerima tawaran yang menampakkan rambut, pelbagai kecaman, cacian dan kritikan telah diterima oleh Lisdawati. Sudah tentu orang ramai memberikan komen negatif kepada Lisdawati kerana masih sanggup menerima tawaran berlakon yang mendedahkan aurat.

lisdawati

Berkata kepada portal GUA, Lisdawati mengakui sangat kecewa apabila dihukum oleh orang ramai secara bertubi-tubi. Kata Lisdawati:-

Saya tak nak komen lagi mengenai perkara ini. Biarlah perkara ini reda dahulu. Bertubi-tubi orang menghukum saya, jadi biarlah saya mendiamkan diri buat sementara waktu. Saya baru sahaja hendak membiasakan diri dengan imej dan penampilan baru, tapi telah ada orang mencaci saya. Saya sebagai manusia biasa, yang punya hati dan perasaan sangat kecewa apabila perkara terbabit terjadi

lisdawati bertudung

Walaupun masih menerima tawaran yang membuka tudung, Lisdawati memaklumkan yang dia enggan menerima watak-watak daring seperti wanita penggoda. Seboleh-bolehnya, watak yang dibawa tidak memakai pakaian seksi dan mencolok mata. Tambah Lisdawati lagi:-

Saya sudah tidak mahu fikir lagi tentang cakap-cakap orang. Mulut orang, kita susah nak tutup. Jadi, biarlah saya relaks dulu sekarang dan tidak memberikan sebarang komen. Saya mahu Istiqamah dalam melakukan perkara ini kerana saya berubah pun kerana Allah. Semuanya bergantung kepada niat kita sendiri

Bagi Abang Nara, komen-komen negatif yang diterima oleh Lisdawati menunjukkan yang peminat sayang kepadanya. Kalau nak berubah, berubahlah terus. Jangan separuh-separuh. Percayalah pada rezeki yang diberi oleh Allah. Kalau berubah ke jalan kebaikan, pasti lebih murah rezekinya. Sama-samalah kita doakan agar Lisdawati tabah hati untuk menolak tawaran yang menunjukkan rambutnya.

P.S: Musang Fennec yang amat comel.

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Komen