Nuffnang

Khamis, 19 September 2013

Diana Amir - Google Blog Search

Diana Amir - Google Blog Search


<b>Diana Amir</b> - Titisan Mahabbah | ESPIRANZA

Posted: 13 Sep 2013 09:00 PM PDT

Sinopsis Titisan Mahabbah 

Dalam setiap hembusan nafas, langkah dan tidur, ALLAH SWT sentiasa memerhati,
Walau sering melakukan khilaf, tidak mensyukuri dan menginginkan lebih, ALLAH SWT sentiasa di sisi.

Menunggu doa hamba-Nya meminta hanya kepada yang Hakiki,
Kerana kemerosotan jiwa, nikmat dan hidayah yang diberi dipandang sepi
Tetapi, Allahuakhbar! Kasih-Nya tidak berbelah bagi, peringatan untuk pulang kepada yang merindui sering kembali.

Biar alam, air mata dan kalam menjadi saksi,
Lantas segala hikmah dari perjalanan hidup menuju Ilahi kuteliti,
Apabila ku sedar, tiada terhentinya 'Titisan Mahabbah' dari Ilahi,
Ku sambut ia dengan kesyukuran yang tidak bertepi.

Diana Amir... seorang gadis biasa yang bertindak secara luar biasa, meninggalkan zaman kegemilangan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT. Apa yang berlaku sebenarnya? Ranjau apakah yang dilalui sepanjang perjalanan kehidupan gadis ini?

Naskhah ini adalah himpunan kisah-kisah peribadi beliau yang mempunyai hikmah yang begitu mendalam apabila diteliti. Kisah-kisah yang disampaikan dalam bentuk bicara santai ini diintegrasikan melalui kupasan ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi agar ia bukan sekadar dibaca di minda, tetapi juga di hati. Hayatilah coretan kisah-kisah ini sebaiknya. Ia bukan sahaja penghibur di kala sunyi, bahkan pengubat keresahan hati.

Mula-mula Ana tahu tentang buku ini, masa Ana ternampak post kawan-kawan dekat Facebook. Waah, excited sangat bila tahu Diana Amir ada tulis buku. Masa zaman sebelum dia berhijrah, Ana takdelah minat sangat tonton lakonannya. Cuma sekarang ni, terlalu kagum dengan kesungguhan Diana Amir apabila dah berhijrah. Rasa hormat yang mendalam padanya.
Rasanya semua orang tahu yang untuk kita berubah, memang mudah untuk dilakukan. Tapi untuk kita kekal dengan perubahan itu yang terlalu payah. Melihat Diana Amir sangat istiqamah dengan penghijrahannya, membuatkan Ana tertanya-tanya untuk tahu kisah penghijrahannya. Merata-rata cari buku ni masa tu, buku ni ada di MPH tapi tiada di Popular. Lepas beberapa kali cari, akhirnya jumpa jugak. Alhamdulillah. J
Setiap kisah PENGHIJRAHAN, pasti ada satu perjanjian yang dibuat.
Perjanjian yang hampir sama dalam penghijrahan seseorang turut dikongsi dengan baik oleh Diana Amir dalam bab awal buku ini melalui garapan bersama Ibnu Rijal.
100% recommended to BUY! – (EN KHAIRIL HAFIDZ KHAIRUDDIN)
Sungguh, walaupun Ana amat minat membaca, tapi Ana amat cerewet dalam memilih buku untuk dibeli. Buku yang Ana beli kena betul-betul berbaloi, boleh baca banyak kali, tak rugi untuk dibaca, beri banyak ilmu pengetahuan baru dan selalunya Ana takkan beli buku yang nipis, sekali baca dah boleh habis. Tapi lain dengan buku ini, walaupun buku ni ada 122 muka surat dan berharga RM16.90, bagi Ana itu amat berpatutan. Dan yang paling best, masa beli tu pakai kad siswa, dapat pulak diskaun 10%. Lagi untung. Hee. Ana tak menyesal beli. Memang worth it! 
Setiap kisah, setiap cerita, setiap baris ayat, ada pengajaran yang boleh kita ambil. Bagi mereka yang dah buka hati untuk menerima, pasti akan nampak dan rasa bila baca setiap baris ayat dalam buku ini. Bila dah baca buku ini, buat Ana nak pula cari buku-buku lain tulisan Ibnu Rijal seperti Siapa ALLAH di hatimu, Bertanya Tentang Tuhan, Khutbah Terakhir Rasullulah dan Putera Mullazam. Ternyata, Titisan Mahabbah merupakan gabungan yang mantap dari Diana Amir dan juga Ibnu Rijal.
Dan sebab buku ini terbaiklah, buku ini duduk di carta teratas sekali di MPH.
Apa tunggu lagi? Pergilah beli sekarang!
Macam yang Ana dah bagi tau tadi, boleh beli di MPH Bookstore atau pun sesiapa yang nak signature Diana Amir, boleh beli terus melalui manager Diana Amir di 013-6440490.
Selamat membaca dan selamat beramal.
Moga kita juga mampu melakukan penghijrahan yang terbesar di dalam hidup kita dan istiqamah dengannya. Amin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan