Nuffnang

Khamis, 19 September 2013

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


`Tailong` <b>Rosyam Nor</b> Bayangi Watak Hero KL Gangster 2?

Posted: 17 Sep 2013 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

KUALA LUMPUR, 17 SEPT 2013: Penampilan khas Rosyam Nor sebagai watak antagonis dalam filem kontroversi 2013 iaitu KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof telah mendapat perhatian yang cukup meluas ketika filem ini ditayangkan pada malam gaya tayangan perdana filem tersebut di TGV One Utama baru-baru ini.

Watak Tailong lakonan Rosyam bagi filem pre-kuel kepada KL Gangster ini dikatakan berjaya disampaikan dengan cukup berkesan dan hidup berbanding heronya yang sebenar iaitu Aaron Aziz yang membawakan watak Malik serta watak utama lain seperti Adi Putra, Zizan dan Syamsul Yusof sendiri.

Bagi aktor yang terkenal dengan jolokan hero pujaan Malaya ini, dia sekadar melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan oleh Syamsul kepadanya untuk membawakan watak Tailong. Menurut Rosyam, kekuatan yang ada pada watak Tailong itu sendiri telah membuatkan ia lebih mencuri perhatian dan bukannya kerana dia sahaja.

"Watak Tailong itu sendiri mempunyai kekuatan yang menampilkan kejahatan yang belum pernah lagi saya lakonkan sebelum ini. Tailong ini seorang manusia yang sangat jahat, lebih jahat daripada iblis jika nak diibaratkan.

"Saya cuma menjalankan tanggungjawab yang diberikan Syamsul kepada saya untuk menghidupkan watak Tailong. Ini adalah kehendak serta peranan yang mahu ditonjolkan Syamsul dalam watak Tailong itu sendiri.

"Bila saya diberikan tanggungjawab ini tak kan saya nak ambil mudah dan tidak melakonkan watak ini sebaikknya. Nanti pula ada yang pertikaikan kredibiliti saya sebagai seorang pelakon dan sebagainya,"ujarnya yang menggambarkan watak Tailong adalah watak antagonis yang paling jahat pernah dilakonkan saya selepas Castello.

Dikatakan berjaya tenggelamkan Aaron Aziz sebagai watak utama atau pun hero dalam KL Gangster 2, Rosyam Nor sekali lagi menjelaskan bahawa dia tidak boleh menilai perkara tersebut kerana dia cuma menjiwai watak Tailong seperti yang dikehendaki pengarah.

"Kalau orang nak cakap saya dah tenggelamkan watak hero, Aaron Aziz, sebenarnya bukan saya tetapi Tailong. Mungkin kerana watak Tailong yang sangat jahat itu telah membuatkan dia lebih menonjol. Tetapi jika dilihat kepada jalan cerita, filem ini juga filem pre-kuel jadi tak ada soal siapa lebih menonjol.

"KL Gangster 2 menceritakan semula bagaimana KL Gangster dahulu bermula. Sebagai pelakon yang telah lama berehat saya tidak mahu melakonkan watak ini sambil lewa, saya harus mengekalkan mutu lakonan saya.

"Nanti ada pula suara-suara yang mempertikaikan lakonan saya jika tidak bersungguh dan justeru itu saya telah memberikan yang terbaik untuk watak Tailong dan bukannya mahu menenggelamkan mana-mana watak utama,"jawab Rosyam Nor mengenai isu ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan