Nuffnang

Sabtu, 19 Oktober 2013

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


Sering Timbulkan Kontroversi, <b>Fida Ibrahim</b> dilabel Artis Bermasalah <b>...</b>

Posted: 15 Oct 2013 10:12 PM PDT

ohartis-fida-ibrahim-1

Nama Fida Ibrahim sering tidak lekang dengan pelbagai kontroversi. Selepas isu gambar tidak memakai tudung, isu percintaan, isu berbaju ketat kini timbul pula isu Fida buat perangai dan lari dari set pengambaran.

Baru-baru ini, Fida didakwa telah melarikan diri dari set pengambaran drama yang sedang dilakonkan dengan memberi alasan pelbagai faktor. Fida menyatakan bahawa tindakkannya itu adalah berdasarkan alasan keselamatan kerana terpaksa berlakon didalam sebuah hutan kecil yang baru dibuka. Bukan itu sahaja, Fida juga dikatakan kurang senang apabila dia terpaksa berlakon dengan pelakon Zalif Sidek selain tidak puas hati dengan skrip seakan-akan menyindir dirinya.

Oleh kerana terlalu banyak kontroversi ditimbulkan oleh pemilik nama sebenar Rafidah Ibrahim ini dia telah di labelkan sebagai artis bermasalah. Namun pada Fida, dia menganggap dirinya telah teraniaya dan bertegas tidak mahu memohon maaf daripada pengarah filem tersebut, iaitu Suhaimi Lua.

"Sebenarnya isu minta maaf telah lama selesai sebelum perkara ini tersebar kepada pihak media. Saya juga pelik kenapa dia perlu menabur fitnah dan memburukkan nama saya kepada semua orang sedangkan perkara ini telah lama selesai.

"Apa yang boleh saya jelaskan dia juga perlu tampil meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak benar terhadap saya.

"Pelbagai kritikan yang saya terima mengenai isu terbabit sehingga saya dilabel artis bermasalah. Namun, saya akur sebagai insan biasa lebih baik mendiamkan diri dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak benar dan menerimanya dengan reda.

"Saya juga memandang pada sudut positif setiap fitnah yang diberikan itu ada hikmah sebaliknya," katanya.

Ditanya kenapa Fida berdiam diri sebaik sahaja pihak produksi memaklumkan dia lari dari lokasi pengambaran, Fida menjelaskan dia mengambil pendekatan tersebut adalah kerana enggan memanjangkan isu itu.

"Sebenarnya saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini, sedangkan segala tuduhan yang dikatakan itu tidak benar sama sekali yang melabelkan saya sebagai artis bermasalah dan lari dari set penggambaran.

"Saya melakukan sedemikian kerana mempunyai alasan yang kukuh hanya orang yang berada di tempat tersebut akan mengetahui kisah sebenar apa yang terjadi.

"Dalam hal ini, saya tidak kisah kalau pihak tersebut nak saman jika saya tidak tampil memohon maaf, kerana saya ada segalanya bukti dan penjelasan kukuh kenapa saya bertindak sebegitu," ujarnya.

OHARTIS: LUMRAH SEORANG ARTIS. KENA PANDAI-PANDAI JAGA TINGKAH LAKU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan