Lisdawati - Google Blog Search |
<b>Lisdawati</b> sudah lali gosip suami bercinta – Perak Today Posted: 10 Oct 2013 06:43 AM PDT KUALA LUMPUR 10 Okt. – Pelakon Lisdawati, 34, enggan mengulas khabar angin mengenai hubungan cinta yang terjalin di antara suaminya Fauzi Nawawi dan penyanyi Noni AF5. Memberitahu tidak tahu menahu mengenai khabar angin itu, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin berkata, dia sudah lali dengan gosip sebegitu. "Sudah enam tahun kami bersama, bukan sekali dua kisah begini hadir. Jujurnya saya sudah lali. "Sebenarnya saya tidak tahu mengenai gosip ini, biarlah suami saya buat kenyataan dahulu," katanya kepada Utusan Online hari ini. Mengakui mengetahui suaminya pernah berkerjasama dengan Noni dan Lisda menganggap hubungan mereka sekadar rakan sekerja sahaja dan tidak lebih daripada itu. "Saya tahu mereka memang bekerjasama, tetapi hairan juga bagaimana kisah ini boleh dikeluarkan. "Saya memang malas nak melayan kisah-kisah macam ini, kecuali mereka ada bukti dan tunjukkan kepada saya mungkin saya boleh komen," katanya. Hari ini sebuah akhbar menyiarkan berita yang mendakwa suaminya ada menjalin hubungan cinta dengan Noni. Malah, bintang realiti AF5 yang nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin turut tampil membuat penafian dengan alasan hubungan mereka sekadar rakan artis. – UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Lisdawati - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan