Faezah Elai - Google Blog Search |
Kes Dera Punca <b>Faezah Elai</b> Enggan Percaya Pembantu Rumah <b>...</b> Posted: 19 Nov 2013 04:00 PM PST MO, Petaling Jaya, 20/11/2013 - Pelakon Faezah Elai tidak akan membiarkan anak kecilnya dijaga oleh pembantu rumah kerana bimbang terjadi kes penderaan atau pun dilarikan seperti yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Faezah, 31, berkata, dia sanggup meminta bantuan ibunya untuk menjaga anaknya, Dealova Heyrinna, yang kini berusia sembilan bulan setiap kali dia ke lokasi penggambaran. "Saya bukan nak kata tak percaya dengan pembantu rumah tetapi saya kena berhati-hati. Sekarang ini macam-macam hal boleh jadi walaupun pembantu rumah saya setakat ini tidak pernah timbulkan masalah," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin. Faezah yang berkahwin dengan pengarah drama Heykal Hanifah, 39, pada September tahun lalu turut mempunyai anak tiri hasil perkahwinan terdahulu Heykal iaituLuqman Hakim, 13, Sarah, 11, dan Luq Adam yang berusia tiga tahun. Faezah berkata, disebabkan anaknya masih kecil, dia tidak akan pastikan tidak berada lama di lokasi penggambaran dan akan meminta pulang ke rumah sebelum pukul 11 malam kerana bimbang akan wujud budaya 'anak tidak kenal ibu-bapa'. Tambah wanita ini, dia tidak mahu anak-anaknya membesar tanpa kasih sayang dan perhatian keluarga kerana ia akan membuatkan tumbesaran mereka tidak seimbang. Dalam pada itu buat masa ini Faezah hanya akan menerima tawaran berlakon di bawah pengarahan suaminya sahaja agar mudah untuk mereka berbincang soal pengurusan masa agar boleh menjaga anak. "Saya hanya boleh terima tawaran berlakon untuk telefilem sahaja. Itu pun pukul 11 malam saya kena balik rumah. Sebab itu bila ada tawaran berlakon daripada produksi lain saya terpaksa tolak keran bimbang mereka tak boleh ikut masa saya. "Buat masa ini lebih mudah saya berlakon dalam produksi bawah arahan Heykal sendiri," katanya. Jelas Faezah lagi, dia hanya boleh memberi tumpuan sepenuhnya dalam bidang lakonan selepas anaknya mencecah usia tiga atau empat tahun. Dalam perkembangan lain Faezah baharu sahaja selesai penggambaran telefilemAkhirnya Kau Mengeti untuk siaran TV Al Hijrah. |
You are subscribed to email updates from Faezah Elai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan