Zizan Razak - Google Blog Search |
<b>Zizan Razak</b> Dan Emma Maembong Sah Bercinta? | - Beautifulnara Posted: 20 Nov 2013 12:04 AM PST Wow. Abang Nara kagum dengan hasil risikan serta kajian yang dilakukan oleh peminat-peminat Zizan Razak dan Emma Maembong yang mahukan 2 selebriti ini bercinta. Menerusi akaun Instagram ZizanEmmaLoveStory, banyak bukti-bukti yang dikongsikan memperkuatkan lagi khabar angin yang mereka berdua ini sedang dilamun angin cinta. Benar atau tidak? Hanya Zizan dan Emma sahaja yang tahu. Antara "hint" yang terbaru ialah apabila konsert akhir AF2013 berlangsung, Emma telah pun memberikan kata-kata perangsang kepada Zizan yang mengacarakan program realiti tersebut. Kedua-duanya menggunakan simbol "love" ketika berbalas mesej di Twitter. Sweet bukan? Malah Zizan juga pernah menulis "Miss you sayang" menerusi akaun Twitternya. Tidak lama selepas itu, Emma Maembong turut sama menulis status yang sama. Perkara-perkara kecil seperti ini telah berjaya dikesan oleh para peminat mereka menguatkan lagi anggapan ramai yang mereka berdua benar-benar bercinta. Abang Nara pasti ramai yang gembira dan terharu sekiranya Zizan atau Emma membuat pengakuan mengenai status masing-masing. Zizan sudah tentu antara jejaka yang dikejar ramai sementara Emma pula antara "hot girl" di dalam dunia hiburan. Abang Nara suka kalau mereka benar-benar bercinta. Memang padan, memang sama cantik sama kacak dan memang sama comel. Sama-samalah kita nantikan sama ada akan ada pengakuan daripada mereka berdua dalam masa yang terdekat ini. Buat masa ini, layankan lagi beberapa keping gambar mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Harga runtuh tahap maksimum daripada Ryaniez Moments Photography. Kalau anda nak berkahwin ketika musim cuti sekolah ini dan masih belum ada jurukamera, sila dapatkan khidmat mereka. Dijamin profesional, berkualiti dan harga berpatutan. Tak percaya? Tanya sendiri dengan PM mereka di Facebook Ryaniez Moments Photography atau SMS/Whatsapp nombor di atas. Memang thorrbaek!!! Baca Yang Ini Pulak:- |
Biar Kami Tumpu Pada Kerjaya Dulu - <b>Zizan Razak</b> | Portal Hiburan <b>...</b> Posted: 20 Nov 2013 11:54 PM PST Semalam kecoh di internet apabila beberapa buah portal hiburan mengeluarkan artikel berkaitan kisah cinta antara Zizan Razak dan pelakon yang sedang meningkat naik, Emma Maembong. Artikel tersebut mengandungi bukti-bukti secara langsung dan tidak langsung yang menunjukkan mereka sedang hangat bercinta. Walaupun kedua-duanya enggan memberi penjelasan, namun peminat masih tidak jemu untuk membongkar gosip ini. Mungkin peminat seronok melihat Zizan dan Emma yang kelihatan serasi bersama. Emma dikatakan menjalin hubungan cinta dengan Zizan Razak Bagaimanapun, Zizan yang dihubungi sebentar tadi masih tetap dengan pendiriannya untuk tidak bercerita lanjut mengenai perkara ini.
Berbalik kepada soal bukti percintaan mereka yang dikumpulkan oleh peminat, Zizan menyatakan itu hanyalah andaian semata-mata tanpa mempunyai pengesahan daripada tuan punya badan sendiri.
Antara bukti percintaan mereka yang dapat dihidu peminat Dalam masa yang sama, Zizan juga menafikan dakwaan yang dia pernah ke pusat membeli-belah Pavillion sambil berpegangan tangan dengan Emma. Beralih kepada perkembangan lain, Zizan kini sedang sibuk menjalani penggambaran di Besut untuk sebuah program travelogue berjudul Terengganuku. Program tersebut juga bakal menampilkan beberapa orang artis jemputan terkenal termasuklah Emma Maembong. |
You are subscribed to email updates from Zizan Razak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan