Nuffnang

Khamis, 21 November 2013

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


(Tahniah) Isteri <b>Pierre Andre</b> Hamil 8 Minggu | Oh! Artis

Posted: 18 Nov 2013 08:31 PM PST

ohartis-pierre-andre-isteri

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya menantikan kehadiran cahayamata sebagai penyeri rumahtangga. Nampaknya pelakon dan pengarah Pierre Andre tidak perlu menunggu lama untuk menanti kehadiran insan baru dalam hidup kerana isterinya Siti Nur Hidayah Hashim telah disahkan mengandung 8 minggu.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana memberi nikmat yang saya sendiri tak boleh jangka. Saya tak sangka, namun pada masa yang sama juga berasa teruja sangat apabila mendapat tahu isteri saya mengandung". jelas Pierre.

Ketika berkongsi berita gembiranya, Piere memberitahu bahawa dia baru sahaja mendapat tahu isterinya hamil selepas buat pemeriksaan doktor tiga hari lepas. Namun, Piere berasa pelik berita kehamilan isterinya cepat diketahui umum sedangkan dia belum sempat memaklumkannya hal tersebut walau di mana-mana laman sosial sekalipun.

Menurut Pierre bukan sahaja dirinya insan yang paling gembira tetapi begitu juga ibunya iaitu pelakon vateran Khatijah Tan memandangkan ini adalah cucu pertama keluarganya. Ditanya keadaan isteri, Pierre memberitahu bahawa isterinya mengalami alahan yang sangat teruk sehingga dimasukkan ke wad.

"Kelmarin isteri saya terpaksa dimasukkan ke wad selama satu hari bagi memasukkan air. Sekarang ini apa saja yang dia makan, dia akan muntah balik. Alahan yang dialaminya itu sangat merisaukan saya lebih-lebih lagi usia kandungannya masih baru sangat. Apapun, saya mengharapkan doa dari kawan-kawan agar segalanya berjalan dengan lancar," ujar Pierre mengakhiri perbualan.

ohartis Isteri Pierre Andre Hamil 8 Minggu

OHARTIS: TAHNIAH BUAT PIERRE DAN ISTERI. SEMOGA ANAK YANG BAKAL DILAHIRKAN MENJADI ANAK YANG SOLEH/SOLEHAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan