Fizo Omar - Google Blog Search |
Simbolik Jongkong Emas Kepada <b>Fizo Omar</b> | Portal Hiburan <b>...</b> Posted: 10 Nov 2013 04:00 PM PST Tidak seperti pasangan pengantin yang lain, Fizo Omar dan isterinya, Mawar telah memberi sentuhan kelainan dalam majlis pernikahan mereka yang berlangsung pagi semalam. Selain masing-masing menerima sebuah motosikal, Fizo turut menghadiahkan jongkong emas seberat 1.011 kilogram yang berukir 'Fizo Love Mawar' kepada isterinya itu. Artikel berkaitan: Bagi yang tidak tahu, Fizo telah menyimpan niat untuk memberi jongkong emas tersebut kepada bakal isterinya sejak tiga tahun lalu.
Berat jongkong emas tersebut yang simbolik dengan tarikh pernikahan mereka (10 November 2013) merupakan tanda penghargaan Fizo kepada Mawar yang sudi menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri kepadanya. Sementara itu, Mawar yang kelihatan cukup cantik di hari bahagianya mengakui telah bersedia untuk menghadapi dunia penuh populariti Fizo.
Dalam masa yang sama, pasangan pengantin baru ini tidak menolak sekiranya dikurniakan anak dalam masa terdekat kerana Fizo gemarkan kanak-kanak sejak dari dulu lagi. Untuk makluman anda, Fizo dan Mawar akan terbang ke negara-negara Eropah dalam masa terdekat ini selama tiga minggu untuk berbulan madu. |
You are subscribed to email updates from Fizo Omar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan