Nora Danish - Google Blog Search |
Kepala <b>Nora Danish</b> Terkoyak Sewaktu Berlakon? | Portal Hiburan <b>...</b> Posted: 17 Oct 2013 11:00 PM PDT Melihat tajuk di atas, pasti ramai peminat merasa bimbang dengan keadaan Nora Danish bukan? Bagaimana agaknya kecedaraan yang dialami oleh aktres tersebut dan adakah luka itu serius? Jika dilihat daripada sekeping foto yang dikongsikan oleh Nora semalam, kepala pelakon tersebut dilihat terkoyak di bahagian dahi dan lebih mengerikan lagi apabila terdapat luka yang sangat dalam sehingga menampakkan isi kepalanya yang berlemuran darah. Apabila ternampak foto tersebut, OHBULAN! cepat-cepat membaca caption serta ruang komen yang terdapat pada foto itu, untuk mendapatkan pengesahan lanjut. Kesan koyak yang terdapat di kepala Nora Setelah melihat caption serta meneliti setiap status laman sosial pelakon tersebut, rupanya luka yang dialami oleh Nora hanya sekadar lakonan dan kesan koyak di bahagian dahinya itu juga sekadar kesan mekap daripada jurusolek profesional, Ella Sandera. Menurut Nora, kesan luka itu merupakan babak lakonan yang ingin ditonjolkan olehnya menerusi filem Pengantin Malam. Wow, nampak real kan kesan koyak tersebut? Memang OHBULAN! respect dengan hasil kerja Ella Sandera. Apa pun, untuk semua peminat Nora Danish, di sini OHBULAN! ingin kogsikan juga beberapa foto terbaru aktres tersebut sepanjang penggambaran filem Pengantin Malam baru-baru ini. Jom layan! Kredit Foto : Instagram Nora Danish |
Anak Menteri, Bukan Menteri Pun - <b>Nora Danish</b> | Portal Hiburan <b>...</b> Posted: 24 Oct 2013 05:19 PM PDT Sejak berada di Eropah beberapa hari lalu, Nora Danish dilihat semakin aktif berkongsi foto-foto mesranya bersama Nadeem dan lebih menarik lagi apabila jejaka tersebut mula memanggilnya dengan gelaran My Love. Melihat sahaja kemesraan mereka berdua, pastinya ramai peminat melahirkan rasa gembira dan tidak kurang juga ada antara mereka menunjukkan rasa kurang senang, sehingga melemparkan kata-kata negatif kepada pasangan tersebut. Artikel Berkaitan : Oleh kerana terlalu banyak respon kurang enak, pelakon filem Bencinta itu mula mempertahankan Nadeem dengan mempersoalkan, kenapa para pengikutnya perlu ambil kesah terhadap hubungan rapat mereka, sedangkan mereka juga manusia biasa. Dalam pada itu, Nora turut menegaskan bahawa, Nadeem hanyalah sekadar anak kepada individu yang berpengaruh dan bukannya orang penting dalam negara seperti bapanya. Nora Danish mempersoalkan tanggapan negatif peminat terhadap Nadeem Berikutan perkongsian kata-kata tersebut, terdapat segelintit pengikut Nora telah memberi nasihat serta pandangan masing-masing terhadap pasangan sensasi itu. Walau apa pun tanggapan serta respon yang dilemparkan oleh peminat, perkara tersebut langsung tidak menjejaskan percutian Nora dan Nadeem. Dengan itu, jom lihat beberapa foto mesra mereka selepas ini. Kredit Foto : Instagram Nora Danish |
You are subscribed to email updates from Nora Danish - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan