Nuffnang

Khamis, 19 Disember 2013

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


<b>Aliff Aziz</b> Bercinta Dengan Ain AF8 Pula? | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 06 Oct 2013 09:54 PM PDT

Aliff Aziz Bercinta Dengan Ain AF8 Pula?

Bila sebut sahaja nama Aliff Aziz, tak lain tak bukan, kisah cinta sahajalah yang timbul berbanding kerjaya nyanyiannya.

Bukan apa, peminat sendiri sering mendengar Aliff telah melalui banyak kisah putus cinta dengan ramai selebriti wanita tempatan antaranya seperti Anne Ngasri dan paling baru, Adira.

Namun beberapa hari lepas, timbul pula khabar angin terbaru yang mengatakan Aliff kini sedang bercinta dengan bekas peserta AF musim kelapan iaitu Ain.

Kisah itu mula menjadi perbualan hangat di kalangan peminat Aliff selepas Ain berkongsi foto dirinya dengan penyanyi kelahiran Singapura berkenaan di Instagram.

Aliff Aziz Bercinta Dengan Ain AF8 Pula?

Foto tersebut menunjukkan Ain dan Aliff kelihatan cukup mesra bergurau dan berpelukan sambil ketawa bahagia. Ia sekaligus menimbulkan tanda tanya kepada peminat berkenaan status hubungan mereka. Mungkin bunga-bunga cinta baru nak berputik, siapa tahu kan?

Apa yang pasti, kedua-duanya nampak serasi bersama. Doakan sahajalah hubungan cinta Aliff kali ini berkekalan dan tidak mengalami masalah seperti sebelumnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan