Fida Ibrahim - Google Blog Search |
<b>Fida Ibrahim</b> Cemar Imej Wanita Bertudung? - Gua.com.my Posted: 15 Dec 2013 05:55 PM PST Seringkali dikecam dan dihimpit dengan kontroversi mengenai penampilannya yang kurang sesuai dengan imej wanita bertudung, Rafidah Ibrahim tidak melatah dan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa. Namun begitu, timbul cakap-cakap kurang enak mengenai penampilan yang dibawanya mencalarkan imej keseluruhan wanita bertudung. Bertemu dengan gadis yang mesra dengan sapaan Fida ini semasa pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya 'Pandu Selamat' MUFORS Secara Online di Balai Berita Bangsar pada Jumaat, GUA sempat bertanyakan Fida mengenai perkara ini. "Tak patut orang salahkan saya. Bila perkara sebegini berlaku, ada yang mengaitkan saya dengan wanita bertudung yang lain. Saya macam orang lain juga, ada kesilapannya," tutur Fida memulakan bicara. "Kalau ada tuduhan yang berlaku pada saya, jangan kaitkan dengan yang wanita lain yang berhijab. Kalau rasa saya yang salah, saya pohon untuk fokus dengan saya sahaja, bukan melihat semua wanita bertudung secara keseluruhannya." Tambah Fida, peminat yang betul-betul mengenali dirinya dan mengikut perkembangan kerjaya seninya kebanyakkannya memahami, tapi ada juga sesetengah orang hanya mendengar cakap-cakap orang lain tanpa mendengarkan penjelasan dari mulutnya sendiri. "Kebanyakkan peminat memahami saya. Tapi ada juga mendengar dan menghukum tanpa usul periksa. Bagi saya, jangan mudah meletakkan hukum atau menghakimi seseorang sebelum mengetahui perihal sebenarnya," ujar gadis ini lagi. Dalam perkembangan lain, rencana perjalanan seni gadis ini berlangsung seperti biasa. Fida juga bakal menghasilkan lagu solo dan duet dalam sedikit masa lagi. Selain itu, gadis ini juga punya perancangan untuk merakamkan lagu yang akan menjadi kesinambungan untuk single hitnya, "Apo Kono Eh Jang". |
BERITA ARTIS - Hanez Suraya, <b>Fida Ibrahim</b>, Nomad Berikrar Demi <b>...</b> Posted: 13 Dec 2013 08:18 AM PST Sebagai salah satu daripada inisiatif untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Media Prima Digital (MPD) mengajak orang ramai untuk memberikan ikrar keselamatan jalan raya yang paling menarik dan kreatif secara online. Kempen keselamatan ini merupakan salah satu cabang program keselamatan di bawah gerakan 'Malaysian Unite for Road Safety' (MUFORS) yang dipelopori PLUS semenjak tahun 2009. Majlis pelancaran bagi Kempen Keselamatan Jalan Raya 'Pandu Selamat' MUFORS Secara Online antara pihak PLUS dan MPD telahpun diadakan di Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar pada Jumaat. Di majlis pelancaran tersebut, tiga selebriti tempatan iaitu Hanez Suraya, Rafidah Ibrahim dan Nomad turut bersama-sama berikrar bagi meningkatkan kesedaran jalan raya. Menyedari yang mencegah lebih baik dari mengubati, tiga selebriti ini peka dengan kempen keselamatan jalan raya serta ingin membudayakan keselamatan jalan raya. Di zaman arus teknologi yang pesat membangun, penggunaan telefon bimbit semasa memandu adalah sangat berbahaya. Untuk aktres 'Love You Mr Arrogant', Hanez Suraya, dia telah berikrar untuk tidak lagi mengambil gambar secara 'selfie' menerusi telefon pintar ketika sedang memandu manakala penyanyi lagu "Tetap Menantimu", Nomad pula berikrar untuk tidak lagi memegang telefon bimbit semasa memandu. Bagi penyanyi lagu "Apo Kono Eh Jang", Rafidah Ibrahim pula, gadis bertudung ini berjanji tidak akan lagi memandu sambil bersolek pada masa yang sama. Orang ramai juga boleh turut sama terlibat dalam memberikan ikrar keselamatan yang paling kreatif dan menarik menerusi laman Facebook 'Road Safety – MUFORS' bermula pada 13 Disember 2013. Ikrar-ikrar keselamatan terbaik dan paling kreatif akan disenarai pendek sebelum berpeluang untuk menenangi hadiah-hadiah yang lumayan melalui satu bentuk penilaian dan pertandingan yang akan diadakan kemudian. Antara hadiah lumayan yang bakal diterima oleh pemenang ialah gajet terkini yang berjumlah RM3,000, kad PLUSmile bernilai RM1,000 dan juga SmartTag. Pencarian ikrar-ikrar keselamatan yang terbaik dan paling kreatif ini akan berakhir pada 6 Januari 2014. Untuk keterangan lanjut, layari laman Facebook 'Road Safety – MUFORS'. |
You are subscribed to email updates from Fida Ibrahim - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan