Gosip Putus Tunang Elly Mazlein Keluarga Tidak Tertekan | Pelakon dan penyanyi Elly Mazlien berkata keluarganya tidak pernah tertekan dengan segala khabar angin mengenai pertunangannya dengan pengarah Azmi Hatta.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 33, berkata, keluarga kedua-dua belah pihak lebih mengetahui situasi hubungan tersebut berbanding mempercayai khabar angin yang tersebar.
"Keluarga saya dan pihak lelaki juga baik-baik sahaja dan mereka lebih mengetahui situasi mengenai pertunangan kami. Alhamdulillah mereka tidak tertekan dengan khabar angin tentang kami.
"Saya tak suka cerita yang buruk-buruk dan apa yang berlaku antara kami, kalau boleh biar cerita yang manis-manis sahaja," katanya.
Elly turut menjelaskan dan menolak dakwaan pertunangan yang dibinanya pada 29 Mei 2011 itu telah berakhir.
"Kepada mereka yang lebih tahu tentang hal peribadi saya, apa yang saya boleh saya katakan pada mereka, cuba lagi (sebarkan cerita)",
"Buat masa ini hubungan kami macam biasa. Cuma kami sibuk dengan tugas masing-masing. Tak ada lagi perancangan untuk melangsungkan pernikahan. Tunggu saja perkhabaran gembira daripada saya," katanya.
Elly dan Azmi, mengikat tali pertunangan pada 29 Mei pada 2011 dalam satu majlis di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, dekat sini.
Pasangan yang berkenalan sejak 2009 itu sepatutnya bernikah pada Februari tahun lalu, namun ia masih lagi tertangguh sehingga sekarang.
323 total views, 4 views today
Tiada ulasan:
Catat Ulasan