Nuffnang

Selasa, 21 Januari 2014

6ixth Sense - Google Blog Search

6ixth Sense - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>6ixth Sense</b> Kerja Sendiri - Gua.com.my

Posted: 31 Oct 2013 09:00 AM PDT

Kumpulan muzik yang terkenal dengan lagu 'Khatimah Cinta', Sixth Sense menjelaskan bahawa tidak sukar untuk mereka bergerak sendiri selepas kontrak mereka bersama syarikat rakaman berakhir pada Ogos lalu.

"Buat masa ini kami menguruskan kerjaya kami sendiri. Hampir sepuluh tahun dalam industri, tidak sukar untuk kami bergerak sendiri. Apa yang penting bagi kami adalah masing-masing haruslah bekerja keras," jelas Adi selaku vokalis mewakili kumpulan Sixth Sense.

"Untuk pengetahuan semua, kontrak kami dengan syarikat rakaman telah tamat pada Ogos yang lalu. Kami ada mendapat tawaran dari beberapa buah syarikat rakaman lain, tapi semuanya masih dalam proses perbincangan lagi. Jika ada perkembangan terbaru, kami akan membuat pengumuman kepada semua," tutur Adi lagi.

Dalam pada itu, Sixth Sense sedang giat mempromosikan single terbaru mereka yang bertajuk 'Bukan Milik Kita'. Klip video single tersebut telahpun dimuat naik di laman YouTube.

"Kini kami sedang sibuk mempromosikan single terbaru. Klip video untuk single ini juga telah dimuatnaik di Youtube. Kami menjalankan penggambaran klip video lagu ini di Jakarta, Indonesia. Klip video ini menceritakan mengenai seorang anak yang harus mengikhlaskan dirinya setelah pemergian ibunya," jelas Adi.

Sixth Sense juga menjelaskan selain menjalani penggambaran klip video, tujuan mereka ke Jakarta juga untuk mempromosi muzik mereka di stesen-stesen radio di sana.

"Selain daripada menjalani penggambaran klip video di sana, kami juga mengadakan promosi di sana. Kami mengadakan temubual melalui telefon dengan stesen-stesen radio di sana. Ada beberapa lagu kami memasuki carta di sana seperti lagu 'Khatimah Cinta' dan 'Yang Sempurnakanku'. Sambutannya agak menggalakkan," tutur Adi lagi.

Kumpulan yang dianggotai oleh lima jejaka iaitu Adi, Gjie, Wan, Ayoy dan Atan ini juga sedang menguruskan kumpulan baru yang diberi nama Sakura. Kumpulan Sakura bakal keluar dengan single yang menampilkan Adi, berjudul 'Perlarian'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan