Nuffnang

Selasa, 21 Januari 2014

Akim - Google Blog Search

Akim - Google Blog Search


Luahan Hati Stacy Tentang Isu Masuk Islam Kerana Nak Kahwin <b>...</b>

Posted: 29 Dec 2013 07:22 PM PST

Mencari Peluang Kerja Dari Rumah
"Peluang Bekerja Di AUSTRALIA Gaji Lumayan"..KLIK SINI..

stacyakimStracie Angie Anam atau lebih dikenali dengan nama Stacy menganggap hal berkaitan agama begitu sensitif dan keberatan untuk mengulas lanjut tentang perkara itu kerana ingin menjaga hati pelbagai pihak.

Bagaimanapun, penyanyi yang kini sedang berpacaran dengan Akim Ahmad ini mengakui dia tertarik dengan Islam kerana mendapati Islam mempunyai persamaan dengan agama yang dianutinya sekarang ini iaitu Kristian.

"Saya meminati cara dan semakin memahami tentang Islam setelah terdedah dengan agama tersebut menerusi pergaulan. Sebelum ini di kampung halaman (Kota Kinabalu),  pergaulan saya terhad kerana komuniti di sana kebanyakan menganut agama Kristian," ujar Stacy ketika ditemui di majlis pelancaran single duetnya dengan kumpulan Smash berjudul 'Hello' baru-baru ini.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Malah menurut Stacy, dia turut bertukar pandangan mengenai pemahaman agama masing-masing dengan Akim. Namun menegaskan dia tidak akan memeluk Islam hanya semata-mata ingin berkahwin dengan lelaki ini. Sebaliknya mahu berbuat demikian dengan yang ikhlas.

"Hasil perbincangan dengan Akim, saya menyimpulkan bahawa agama Islam dan Kristian tidak banyak beza namun saya mempelajari pelbagai perkara baru. Saya tertarik untuk mengetahui mengenai agama ini dengan lebih mendalam.

Bagi saya soal agama ini bukan main-main dan minat untuk mempelajarinya patut lahir dari hati sendiri. Jika saya ingin memeluk Islam, biarlah kerana ingin menjadi seorang muslim dan bukan kerana cinta atau seseorang," tambah Stacy lagi.

Mengulas tentang kolaborasinya dengan Smash, Stacy berkata dia berharap agar kolaborasinya dengan kumpulan dari Indonesia itu menjadi satu langkah untuknya mengembangkan sayap ke Indonesia. Ini kerana Smash semakin dikenali di Indonesia dan Malaysia.

"Saya berasa bertuah kerana diberi peluang berkolaborasi dengan Smash. Saya dapat melihat perkembangan yang baik kepada perjalanan kerjaya saya. Bilangan pengikut saya di Facebook juga turut meningkat kepada setengah juta sejak lagu 'Hello' dilancarkan," ujar Stacy teruja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan