Desas-desus mengenai pelakon Scha Al-Yahya atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 31, kini sedang mengandung akhirnya terjawab.

scha al-yahya mengandung
Dalam laman instagram milik suaminya, Awal Ashaari, 33, sekeping gambar imbasan mengenai kandungan Scha telah dimuat naik hari ini.

Menurut Awal, kandungan Scha sudah memasuki trimester kedua dan meluahkan perasaan gembiranya tentang perkara itu.

"Syukur alhamdulilalah. Kami gembira untuk mengumumkan bahawa kami dijangka mendapat bayi pertama kami, Insya-Allah.

"Scha sudah memasuki trimester kedua kandungannya dan kami bersyukur dengan rezeki ini," katanya.

Pasangan pelakon selebriti popular ini diijabkabulkan pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman, Putrajaya Lakeside.

Anda mungkin juga Meminati