Rita Rudaini - Google Blog Search |
<b>Rita Rudaini</b> Berang Dikaitkan Dengan Nomad | - Beautifulnara Posted: 19 Jan 2014 08:44 PM PST Kalau sebut nama Rita Rudaini, sudah pasti semua orang tahu. Kalau sebut nama Nomad, mungkin ada yang tidak tahu. Nomad merupakan seorang penyanyi yang sedang meningkat naik dan sedang popular menerusi lagu "Tetap Menantimu". Baru-baru ini, Rita dan Nomad digosipkan mempunyai hubungan istimewa. Ternyata gosip itu tidak benar dan menimbulkan keberangan Rita Rudaini.
Betul juga kata Rita Rudaini itu. Kalau bergambar pun dah boleh dikatakan ada hubungan istimewa, maknanya Abang Nara pun dah ada banyak hubungan dengan wanita-wanita lain di luar sana. Namun Abang Nara suka dengan ayat pedas Rita Rudaini. Siapa makan cili dialah terasa pedasnya. Apa pun Nomad sudah pun memohon maaf dan menganggap ini adalah salah faham. Kata Nomad:-
Bagus si Nomad ini jujur mengakui kesilapan dan memohon maaf. Semoga hal ini tidak lagi berterusan. Nomad pun ada suara yang bagus untuk maju di dalam industri nyanyian. Nasihat Abang Nara, fokus menyanyi sahaja. Jangan ceburkan diri dalam gosip-gosip sebegini. Kalau suara bagus, pasti akan popular suatu hari nanti. Yakinlah pada kemampuan anda. Baca Yang Ini Pulak:- |
Pelakon <b>Rita Rudaini</b> bercinta dengan Nomad? | CERITA KOSONGKU Posted: 19 Jan 2014 12:37 AM PST Pelakon Rita Rudaini bercinta dengan Nomad - Mungkin sedikit lambat buat admin berkongsi gosip panas terbaru yang mengaitkan bekas isteri Aidil Zafuan, Rita Rudaini dengan pendatang baru dunia nyanyian, Nomad. Sebuah artikel yang ditulis beberapa hari lalu mendakwa Rita Rudaini kononnya meminati Nomad, penyanyi yang kini sedang popular menerusi lagu Tetap Menantimu. Menerusi Harian Metro hari ini, pelakon filem Balistik itu menafikan kebenaran gosip berkenaan dan meluahkan perasaan kecewa kerana tidak sudah-sudah namanya sekali lagi menjadi bahan bualan orang ramai. "Kalau pun mahu mencipta gosip untuk popular, jangan sampai mengaitkan maruah orang lain. Apa pandangan umum apabila membacanya. Saya ibu tunggal kepada dua anak. Sudahlah masyarakat mudah memberi tanggapan buruk kepada mereka yang bergelar janda." Rita Rudaini turut tertanya-tanya menyangka bagaimana gosip tersebut boleh timbul sedangkan dia dan Nomad hanya kawan biasa. Ekoran itu, Rita memberi mesej pedas kepada Nomad agar jangan sesekali mencemarkan nama baiknya. "Sebelum ini belum ada rekod lagi saya digosip dengan mana-mana lelaki. Jangan sesekali cuba mencemarkan nama saya. Sebelum membuat sesuatu tindakan, ingat maruah orang lain. Kalau hendak popular, banyak lagi usaha boleh dibuat dan ini bukan caranya." Dalam pada itu, Nomad menyatakan permohonan maaf kepada Rita jika kenyataannya sebelum ini mengguris mana-mana pihak dan tidak berniat untuk memalukan Rita Rudaini. |
You are subscribed to email updates from Rita Rudaini - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan