Nuffnang

Khamis, 16 Januari 2014

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


Tiada Tindakan Selanjutnya - Konklusi Kes <b>Adi Putra</b> | Portal <b>...</b>

Posted: 12 Dec 2013 06:14 AM PST

Tiada Tindakan Selanjutnya   Konklusi Kes Adi Putra

Selepas sekian lama membiarkan peminat tertanya-tanya mengenai status kontroversi skandal penyebaran foto sensual Adi Putra, akhirnya sebentar tadi pelakon tersebut tampil memberi kenyataan kepada media.

Menurut Adi, keputusan rasmi hasil siasatan kes ini adalah diklasifikasikan sebagai 'no further action' (NFA) atau tiada tindakan selanjutnya yang bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atasnya.

Pelakon kelahiran Singapura ini turut menegaskan bahawa isu skandalnya kini dianggap selesai dan berharap dirinya tidak lagi dikaitkan dengan kontroversi sebegini lagi.

Dengan ini saya menegaskan bahawa aduan yang dikaitkan dengan diri saya ini telah selesai dan janganlah ada mana-mana pihak yang cuba menimbulkannya lagi dan mengaitkan dengan diri saya lagi.

Tiada Tindakan Selanjutnya   Konklusi Kes Adi Putra

Isteri Adi Putra tenang di sidang akhbar suaminya

Sehubungan dengan itu, Adi menyatakan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang masih berdegil untuk menjatuhkan reputasinya.

Sebarang kenyataan atau artikel bertulis yang bertujuan mengaitkan saya dengan alegasi-alegasi yang dibuat oleh pengadu dengan niat menjatuhkan maruah dan reputasi saya adalah adalaah salah di sisi undang-undang dan saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang menggunakan media cetak atau media elektronik semata-mata untuk merosakkan kerjaya saya dan menjatuhkan nama baik saya.

Untuk pengetahuan anda, pihak peguam Adi telah menerima keputusan rasmi ini daripada pihak Polis Di Raja Malaysia pada 2 Disember 2013 berhubung hasil siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan berkaitan satu laporan polis Skudai Rpt: 4312/13 yang dibuat oleh pengadu.

Tambah Adi lagi, dirinya langsung tidak memberi sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan pihak polis selain sering mendapatkan khidmat nasihat dari peguam-peguamnya.

Terdahulu pada awal September yang lepas, nama Adi mula menjadi perbualan hangat apabila seorang lelaki membuat laporan polis mendakwa Adi mempunyai hubungan sulit dengan isterinya sekaligus mengganggu keharmonian rumahtangga mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan