Nuffnang

Khamis, 16 Januari 2014

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


<b>Shila Amzah</b> Nafi Rapat Dengan Pelakon Baru | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 15 Jan 2014 02:27 AM PST

Shila Amzah Nafi Rapat Dengan Pelakon Baru

Nampaknya kisah cinta Shila Amzah masih lagi dikorek dan diperkatakan biarpun penyanyi kebanggaan Malaysia ini pernah dua kali berdepan kekecewaan.

Terbaru, timbul pula gosip yang mengatakan pelakon sedang meningkat naik, Aman Nassim kini berkawan rapat dengan Shila.

Malah laporan Harian Metro semalam menyatakan Aman merasa pelik apabila permintaan ibu Shila, Fauziah Sarman yang mahukannya mengenali penyanyi itu dengan lebih rapat telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan salah faham.

Shila Amzah Nafi Rapat Dengan Pelakon Baru

Aman Nassim pernah berlakon dalam drama Sebenarnya Saya Isteri Dia

Menurut Aman, berkemungkinan hasrat itu diluahkan kerana ibu Shila selesa dan berasa senang dengan perwatakannya.

Bagaimanapun Shila yang ditemui sewaktu majlis ramah mesra bersama Shila Amzah di pejabat Warner Music Malaysia semalam seakan terkejut apabila diajukan soalan mengenai gosip tersebut.

Okay, ini sesuatu yang baru. Ya, saya kenal dia dan kami pernah berjumpa beberapa kali. Saya kenal dia menerusi abang Azhan Rani.

Memang adakalanya kami berborak menerusi WhatsApp dan sebagainya tapi hubungan tu tidaklah serapat mana. Dia hanya kawan saya, tidak lebih dari itu.

Dalam masa yang sama, Shila menegaskan dia kini meletakkan had dalam berkawan dan enggan menjalinkan hubungan cinta sebelum matlamatnya dalam kerjaya tercapai.

Shila Amzah Nafi Rapat Dengan Pelakon Baru

Sekarang ni dalam hidup saya tiada definisi rapat dengan mana-mana kawan lelaki kecuali dengan kawan-kawan perempuan. Buat masa ni, saya nak fokus pada kerjaya dulu sebelum saya bercinta lagi. Tapi kalau ada cinta yang datang tanpa disangka, saya tak boleh nak menolak.

Sementara itu, Shila juga menafikan laporan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa dia kini dikategorikan sebagai jutawan dengan jumlah perolehan pendapatan sebanyak RM2.5 juta setahun.

Saya sangat terkejut dengan berita tersebut. Jumlah yang dinyatakan sebanyak RM2.5 juta itu adalah mengarut.

Memang betul saya dapat hadiah bernilai RM5 juta waktu menang Asian Wave dulu tapi itu bukan dalam bentuk wang tunai, sebaliknya adalah dana untuk saya cipta nama di Shanghai.

Di China, syarikat pengurusan yang tetapkan bayaran saya dan ianya dibayar mengikut projek bukanlah diterima seperti gaji setiap bulan. Tapi apa yang pasti jumlahnya tidaklah sampai mencecah jutaan ringgit.

Tambahnya lagi, disebabkan kenyataan tidak benar tersebut, dia kini berasa tidak selamat dan menganggap perkara sebegini boleh merisikokan keselamatannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan