Diana Danielle - Google Blog Search |
Kenapa <b>Diana Danielle</b> Semakin Kurus? - Gua.com.my Posted: 16 Jan 2014 11:08 AM PST Isteri kepada aktor dan pengarah Farid Kamil, Diana Danielle kini kelihatan semakin kurus berbanding penampilannya sebelum berkahwin dengan Farid. Adakah Diana menghadapi masalah kesihatan atau dia melakukan diet ketat untuk melangsingkan badan selepas melahirkan anak? "Sebenarnya, berat badan saya sama sahaja. Mungkin saya nampak kurus dan agak susut kerana saya menyusukan anak lelaki saya, Muhammad. Saya juga menjaga Muhammad dengan sepenuhnya," jelas pelakon filem 'Sembunyi' ini. "Saya kini mengurangkan aktiviti seni untuk menjaga Muhammad. Setakat ini, saya hanya melakukan tugas pengacaraan untuk program 'MYeg Extra Time' untuk saluran Astro Supersport, itupun hanya seminggu sekali sahaja. Saya masih belum mengambil tawaran berlakon kerana saya rasa tidak sedap hati untuk meninggalkan anak saya. Ianya akan menyusahkan saya dan juga anak kalau saya terpaksa membawa dia ke sana sini. Kurang elok rasanya kalau saya bawa Muhammad ke set penggambaran semata-mata untuk bekerja," tambah wanita tinggi lampai ini lagi. Dalam masa yang sama, Diana juga memberitahu dia tidak akan menerima tawaran berlakon biar pun naskhah itu akan diarahkan oleh suaminya. "Saya rasakan perkara itu tidak akan terjadi. Saya rasa agak kekok jika berlakon di bawah arahan Farid. Kalau perkara itu benar-benar terjadi, pasti saya rasa janggal kerana saya harus berjumpa dengan Farid di rumah dan di lokasi penggambaran," ujar Diana lagi. Bercerita perihal peribadi, Diana mendedahkan dia kini sedang belajar membaca Al-Quran sebagai persiapan untuk mengadakan Majlis Akikah dan Khatam Al-Quran untuk anak lelakinya dan dirinya sendiri. Enggan terlalu terburu-buru, Diana mahu belajar Al-Quran sehingga dia betul-betul mahir. "Saya enggan melakukan majlis tersebut jika saya belum mahir membaca Al-Quran kerana saya tidak mahu terkejar-kejar. Takkan semata-mata mahu mengadakan majlis tersebut dan untuk menunjukkan anak saya kepada umum, saya perlu tergesa-gesa? Saya akan mengambil masa yang diperlukan untuk memahirkan diri dalam bacaan Al-Quran secara perlahan-lahan," ulas Diana. |
You are subscribed to email updates from Diana Danielle - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan