Sebelum ini Oh! Artis pernah mengeluarkan artikel tentang kehamilan pelakon dan pengacara cantik Scha Al-Yahya namun ia tidaklah disahkan oleh Scha mahupun Awal.
BACA: Scha Al-Yahya Hamil?Namun kali ini, nampaknya benarlah bahawa Scha kini sedang hamil 3 bulan dengan berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh pasangan ini melalui laman sosial Instagram milik mereka. Dengan memuatnaik gambar imbasan bayi di dalam perut Scha berserta caption;
Salam Jumaat. Syukur alhamdulillah we are happy to announce that we're expecting our first baby, InshaAllah. Scha is reaching her second trimester now and we are so blessed with this rezeki. Terima Kasih buat semua yang selalu mendoakan kami dan moga semuanya berjalan lancar, Amin. #schawal #babyschawal #pregnant #secondtrimester #alhamdulillah
Menurut Scha, dia memgalami alahan yang teruk sehingga membuatkan badannya tidak bermaya dan apabila ditanya kenapa setelah usia kandungan mencecah 3 bulan untuk mengumumkan berita gembira ini, Scha memberitahu dia mahu kandungannya benar-benar kukuh dan selamat barulah mengumumkannya.
"Saya dan Awal bersyukur serta gembira sangat dengan kurniaan ini. Alhamdulillah, kandungan saya kini hampir memasuki empat bulan dan setakat ini pengalaman mengandung itu tak banyak sangat sebab masih terlalu awal.
"Saya tidak mengidam apa-apa cuma alahan saya saja yang teruk. Dari pagi sampai malam saya asyik muntah sehingga saya mengalami dehidrasi. Walau bagaimanapun, doktor memberitahu ia perkara biasa ketika mengandung dan tiada apa yang perlu dirisaukan," kata Scha kepada GUA.
"Mungkin ramai yang bertanya kenapa saya menunggu sehingga kandungan saya hampir mencecah empat bulan untuk berkongsikan mengenai perkara ini. Saya rasa orang kita mesti lebih faham kenapa saya baru buat pengumuman ini.
"Kalau boleh biarlah dah kukuh dan selamat, barulah boleh berkongsi. Ia juga atas nasihat doktor dan keluarga kerana kandungan saya belum lagi masuk trimester kedua," jelas Scha sambil berharap agar peminat mendoakan yang terbaik untuk kesihatan diri serta juga bayi dalam kandungannya.
OHMEDIA: TAHNIAH BUAT SCHA DAN AWAL. SEMOGA ZURIAT YANG BAKAL LAHIR MEMBERI 1001 KEBAHAGIAAN BUAT KALIAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan