Nuffnang

Isnin, 20 Januari 2014

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


<b>Hans Isaac</b> Nafi Ada Masaalah Dengan Afdlin & Jozan

Posted: 27 Nov 2013 05:52 AM PST

Hans Isaac Nafi Ada Masaalah Dengan Afdlin & Jozan | Ketiadaan pelawak Afdlin Shauki (Boboi) serta pasangan Jozan dalam pementasan teater Lawak Ker Der 3 menimbulkan desas desus yang mengatakan Hans Isaac mempunyai masalah dengan anggota kedua dua kumpulan tersebut.
Terdahulu, Berita Harian hujung minggu lalu ada melaporkan khabarnya Afdlin Shauki kini berasa hati dengan sikap Hans Isaac yang tidak membantunya ketika dalam susah dan  perkara ini turut kurang disenangi oleh Zizan Razak dan Johan Raja Lawak.
Bercakap kepada media baru baru ini, Hans Isaac menafikan yang beliau mempunyai masalah seperti didakwa dan ketiadaan mereka di pentas Lawak Ker Der 3 adalah kerana mereka mempunyai komitmen lain ketika ini.

"Walaupun mereka kawan-kawan, tapi saya buat kerja secara profesional. Saya menghantar surat tawaran dan mereka menyatakan tidak dapat turut serta kerana ada komitmen lain. Saya tak faham macam mana boleh timbul isu saya ada masalah dengan mereka"

Lawak Ke Der 3 yang menampilkan Harith Iskander, Douglas Lim, Kuah Jenhan, Nabil & Jambu ini akan dipentaskan bermula 4 sehingga 8 Disember 2013 ini. Edisi Bahasa Inggeris pula akan dipersembahkan pada 6 Disember di Istana Budaya.


sumber
http://www.rotikaya.com/hans-isaac-nafi-ada-masalah-dengan-afdlin-shauki-jozan/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan