Nuffnang

Isnin, 20 Januari 2014

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


<b>Jamal Abdillah</b>, Rossa & Afghan Dalam Satu Konsert - Gua.com.my

Posted: 09 Jan 2014 09:05 PM PST

Tiga nama besar industri hiburan Malaysia dan Indonesia bakal disatukan dalam sebuah persembahan eksklusif 'Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan' yang bakal diadakan di Ballroom Taman Mahsuri, Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 14 Februari 2014 jam 8.00 malam. Persembahan tersebut bakal menyaksikan gandingan Dato' Rossa, Dato' Jamal Abdillah dan Afgan.

Penganjuran malam gala ini bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan khusus buat pusat perlindungan Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV / AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM). Malam gala tersebut juga bertujuan untuk mengumpul dana untuk disalurkan kepada Anak-Anak Anugerah Keluarga Besar Norlina Alawi Berhad (KBNAB).

"Saya rasa begitu bangga kerana dapat bekerjasama dengan nama-nama besar bidang hiburan dari dua negara. Bakal mendendangkan sebanyak lima buah lagu, saya tidak mahu lepaskan pengalaman berharga ini untuk memberikan yang terbaik kepada semua yang menonton yang hadir pada malam tersebut," ujar Afgan yang ditemui di sidang media 'Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Rabu.

"Idea untuk mengadakan malam dana ini merupakan idea daripada Rossa. Kami sangat berbangga dapat bersama-sama dalam menjadikan malam gala ini satu malam yang penuh bermakna. Selain berhibur dengan persembahan hebat daripada Rossa, Jamal dan Afgan, hadirin yang datang juga boleh bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan menerusi pembelian tiket," ujar Dato' Mohd Aizuddin Mohd Ghazali selaku Pengerusi Eksekutif Airish Global Sdn Bhd.

Airish Global Sdn Bhd tampil sebagai penaja utama 'Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan' dengan kerjasama Event Resources and Services. The Royale Chulan Hotel juga merupakan penaja bersama bagi malam itu nanti. Tiket-tiket boleh didapati menerusi talian 011-25115715, 013-2009481, 012-2165948 atau 018-2699214. Tiket-tiket dijual dengan harga RM350, RM500, RM750 dan RM1,000 (platinum) termasuk set makan malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan