Nuffnang

Selasa, 7 Januari 2014

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


<b>Didie Alias</b> Beri Duit Pada Fizz Fairuz - Cerita Semasa

Posted: 17 Dec 2013 01:55 AM PST

Biarpun pelakon Fizz Fairuz mengambil keputusan keluar daripada kumpulan Apa Kasih Toq (AKT) selepas tiga minggu berentap di pentas Liga Lawak Superstar (LLS), Didie Alias mendedahkan, pelakon drama Nur Kasih itu tetap mendapat bahagiannya (duit) selepas mereka memenangi tempat kedua pada pertandingan akhir yang berlangsung di Hulu Klang, Ahad lalu.

didie alias beri duit pada fizz fairuz
Kumpulan
Apa Kasih Toq yang memperoleh ahli baharu iaitu Syafiq Kyle berjaya membawa pulang wang berjumlah RM75,000 manakala juara Liga Lawak Superstar pada malam itu iaitu kumpulan OMG (Sathia, Anas Riduan dan Akim Ahmad) memperoleh hadiah wang tunai berjumlah RM250,000.

"Fizz akan dapat duit sebab dia adalah peserta awal kumpulan Apa Kasih Toq," ujar Didie ketika ditemui usai pertandingan tersebut.

Mengulas lanjut, kata Didie, bagaimanapun ia terpulang kepada budi bicara Syafiq untuk menyerahkan berapa banyak bahagiannya kepada Fizz nanti.

Kumpulan Apa Kasih Toq yang dianggotai oleh pelakon Didie, Fizz dan Kamal Adli berdepan dengan cabaran apabila Fizz mengambil keputusan keluar daripada kumpulan tersebut pada minggu ketiga.

Fizz mendakwa dirinya disingkir oleh ahli kumpulannya, namun ada sumber yang mengatakan Fizz bertindak demikian kerana mendapat jemputan oleh pihak Rafflesia menyaksikan perlawanan Liga Inggeris di antara kelab Cardiff City menentang Manchester United (MU) di Cardiff, Wales, United Kingdom.

Sementara itu, Syafiq mengakui tertekan mengambil alih tugas Fizz sebagai feeder dalam kumpulan itu.

"Sudah tentu saya tertekan sebab saya kena menyesuaikan diri dengan ahli kumpulan Apa Kasih Toq yang jauh berpengalaman. Mujur, Didie, Kamal dan juga Fizz memberi sokongan dan tunjuk ajar," ulasnya lagi.

Mengulas mengenai program Liga Lawak Superstar yang menguji minda dan kecerdikan pelakon-pelakon itu, Afdlin Shauki pula memberitahu, kemungkinan besar syarikat miliknya, Vision Works Sdn. Bhd. merancang untuk mengadakan musim kedua program tersebut.

Pada pusingan separuh akhir kedua Liga Lawak Superstar, kumpulan Aku Diandra (Ilya, Qazeem Nor dan Sheera Iskandar) telah diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50,000. Kumpulan Aku (Bell Ngasri, Hairi Safwan dan Idzham Ismail) diumumkan sebagai tempat keempat sekali gus membawa pulang wang tunai RM25,000.

Bagi pusingan akhir Liga Lawak Superstar, kumpulan OMG dan Apa kasih Toq dikehendaki melakukan lima jenis permainan iaitu Mengecut, Penyanyi Berkepala Tiga, Awal & Akhir dan Karaoke Uncle.

Pemenang dipilih berdasarkan 50 peratus markah juri profesional, 30 peratus undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan 20 peratus lagi juri awam di studio.

Liga Lawak Superstar dihoskan oleh Afdlin dan Adibah Noor. Juri profesional pula terdiri daripada Ida Nerina, Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramli.

Anda mungkin juga Meminati

Foto : Perasmian Butik Online <b>Didie Alias</b>, HITHAM | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 31 Oct 2013 09:26 PM PDT

Foto : Perasmian Butik Online Didie Alias, HITHAM

Pelawak, pengacara dan penyanyi terkenal, Didie Alis kini telah mengorak selangkah lagi kehadapan apabila dia mula merasmikan pembukaan butik online miliknya yang dikenali sebagai HITHAM.

Menurut Didie, butik tersebut merupakan kerjasama antara dia dan dua orang pereka fesyen, Farel Mikhail dan Rinz Basha. Antara rekaan busana yang bakal dihasilkan oleh butik tersebut adalah kasual, sopan dan sesuai untuk digayakan ke pejabat.

Untuk koleksi butik ini, kami akan keluarkan busana yang berkonsepkan kasual, jaket, selendang, jubah dan pakaian yang sesuai untuk digayakan ke pejabat.

Butik online ini diterajui oleh saya dan dua orang rakan kongsi yang lain, di mana masing-masing mempunyai rekaan yang tersendiri.

Namun begitu, keutamaan kami adalah pada jenama HITHAM itu sendiri.

Foto : Perasmian Butik Online Didie Alias, HITHAM

Dari kiri : Farel Mikhail, Didie Alias & Rinz Basha

Dalam pada itu, Didie turut menjelaskan bahawa, rekaan busana yang akan dihasilkan olehnya sendiri bakal dilabel sebagai Lady Didie, di mana antara konsep yang bakal diketengahkan adalah ringkas, santai dan boleh digayakan setiap hari.

Untuk jenama Lady Didie, saya hanya akan bagi idea untuk rekaan yang saya inginkan dan untuk terjemahan seterusnya saya akan serahkan pada rakan kongsi, Farel Mikhail dan Rinz Basha. Mereka yang akan hasilkan busana tersebut mengikut idea yang akan saya tetapkan.

Konsep untuk  jenama Lady Didie ada dua. Pertama, lebih kepada gaya ringkas dan santai. Biar orang boleh pakai hari-hari. Yang kedua, saya akan keluarkan koleksi busana untuk majlis-majlis besar seperti majlis makan malam dan keramaian.

Harga untuk setiap pakaian adalah di bawah RM60 dan paling mahal pun RM300 keatas. Kami akan keluarkan koleksi terbaru setiap bulan dan semuanya terhad.

Foto : Perasmian Butik Online Didie Alias, HITHAMSesi perasmian butik online Didie Alias, HITHAM

Beralih kepada perkembangan lain, pelakon dan pengacara popular ini turut bakal mengadakan satu trip percutian bersama peminat-peminatnya ke Bali yang akan berlangsung pada 21, 22 dan 24 Disember 2013 bersama TV Al-Hijrah. 

Apa pun, di sini OHBULAN! ingin kongsikan beberapa koleksi menarik yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera kami sekitar pelancaran butik HITHAM di The Pool, Ampang, petang semalam.

<b>Didie Alias</b> Teruja Pertama Kali Berlakon Bersama RTM | Oh! Artis

Posted: 04 Oct 2013 07:21 AM PDT

ohartis-didie-alias-pertama-berlakon-rtm-1

Didie Alias, nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanahair. Terkenal dengan pelakon dan pelawak serba boleh, Didie Alias juga digelar sebagai Lady Gaga Malaysia kerana gemar mengenakan pakaian yang pelik dan unik setiap kali muncul dalam majlis-majlis berprestij.

Walaupun sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan, pasti ramai yang tidak menyangka Didie Alias sebenarnya tidak pernah berlakon bersama produksi tertibat RTM. Menerusi telefilem Designer DD Naik Haji yang bakal ditayangkan tidak lama lagi menjadi lakonan pertama Didie Alias bersama RTM.

Menurut Penerbit Eksekutif RTM, perkara tersebut disebabkan sebelum ini pihaknya tidak mempunyai watak yang bersesuaian dengan pelakon wanita tersebut.Namun pemilihan Didie sebagai pemegang watak utama dalam drama khas sempena Hari Raya Aidiladha itu adalah berikutan karakternya sebagai 'Lady Gaga Malaysia'.

"Telefilem ini merupakan drama pertama lakonan Didie Alias bersama RTM. Sebelum ini nama dia tidak pernah tersenarai untuk berlakon bawah pihak kami. Mungkin kerana tiada watak yang sesuai," katanya pada sidang media telefilem di Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri, di sini, Khamis.

"Kita mencari seorang yang berkarakter seperti Lady Gaga dan hanya seorang sahaja di Malaysia iaitu Didie Alias dan kita juga menggunakan nama asalnya sebagai tajuk drama ini.

"Alhamdulillah dia terima tawaran ini dan menjayakan drama ini dengan baik," katanya.

Didie Alias pula menyatakan keterujaannya kerana dapat bekerjasama dengan pihak RTM buat pertama kalinya setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia lakonan di Malaysia.

"Sebelum ini ada beberapa tawaran drama tapi terpaksa ditolak kerana bertindih dengan penggambaran lain. Namun begitu saya banyak terlibat sebagai pengacara dengan pihak RTM," jelas Didie.

Drama ini mengisahkan mengenai seorang pereka fesyen yang berhasrat untuk mendekatkan diri dengan agama dan ingin menunaikan ibadah Haji namun mendapat tentangan keluarga.

Ia turut dibarisi pelakon popular Amar Asyraf, Chacha Maembong dan Maimunah Ahmad. Designer DD Naik Haji bakal disiarkan pada 15 Oktober ini pada pukul 10 malam di TV1.

OHARTIS: TAK PERNAH BERLAKON BERSAMA RTM RUPANYA SI DIDIE ALIAS NI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan