Farawahida - Google Blog Search |
- <b>Farawahida</b> & Shukur Sah Suami Isteri | Portal Hiburan OHBULAN!
- Foto : Majlis Resepsi <b>Farawahida</b> & Shukur | Portal Hiburan <b>...</b>
- (19 GAMBAR)Majlis Perkahwinan <b>Farawahida</b> & Abdul Shukor <b>...</b>
<b>Farawahida</b> & Shukur Sah Suami Isteri | Portal Hiburan OHBULAN! Posted: 15 Dec 2013 08:39 PM PST Setelah hampir 8 tahun menyulam cinta dan meredah pelbagai dugaan dan gosip, akhirnya penyanyi yang popular menerusi lagu Tanpamu ini telah selamat diijabkabulkan pagi tadi. Tepat jam 10.30 pagi, Farawahida Razali, 28 telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Abdul Shukur Mohd Zain, 29, di Taiping, Perak. Menerusi laporan Media Hiburan, pasangan ini telah dinikahkan oleh Naib Kadi Air Kuning, Taiping, Ustaz Imannuddin Zakaria dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan Farawahida Razali dan Shukur Dengan mas kahwin sebanyak RM1000, majlis pernikahan itu menyaksikan Farawahida menerima dua bentuk cincin beserta tujuh buah dulang daripada pihak Shukur. Manakala pihak lelaki pula menerima sembilan buah dulang daripada pihak perempuan. Farawahida yang jelita itu tampil menawan dengan persalinan serba putih manakala suaminya pula tampak kacak dengan baju melayu berwarna putih. Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan buat pasangan mempelai ini. Semoga hubungan yang terjalin kekal hingga ke anak cucu. Mari layan foto-foto pernikahan mereka selepas ini. Sumber : Kosmo |
Foto : Majlis Resepsi <b>Farawahida</b> & Shukur | Portal Hiburan <b>...</b> Posted: 16 Dec 2013 10:18 PM PST Malam tadi (16 Disember), pasangan yang dinikahkan pada pagi semalam, Farawahida Razali dan Abdul Shukur Mohd Zain telah selamat melangsungkan sebuah majlis resepsi yang bertempat di Dewan Perbandaran Taiping, Perak. Majlis resepsi yang berlangsung sebelah malam itu telah diserikan dengan kehadiran rakan-rakan artis seperti Ifa Raziah, Fazli Zainal, Ayu Damit, Salma dan tidak lupa juga ahli keluarga serta rakan-rakannya. Hitam dan putih rona warna pilihan pasangan ini Menerusi Media Hiburan, Farawahida dilihat telah memilih gaun kembang berurai serba putih untuk diperagakan di majlis tersebut manakala suaminya pula tampak kemas dengan kot hitam. Untuk persalinan kedua pula, Farawahida telah memilih warna merah jambu sebagai busana pengantin untuk majlis resepsinya, dimana busana pengantin yang berperincian mewah itu sedikit sebanyak telah menyerlahkan kejelitaannya. Apapun, mari tengok video cetusan cinta suaminya, Shukur terhadap Farawahida selepas ini. |
(19 GAMBAR)Majlis Perkahwinan <b>Farawahida</b> & Abdul Shukor <b>...</b> Posted: 18 Dec 2013 01:23 AM PST Fuh~~ Kacak juga suami Farawahida ini. Sekali pandang nampak macam artis pulak. Kedua-dua mempelai memang sama cantik sama padan. Daripada renungan mata Abdul Shukor, Abang Nara dapat rasakan betapa dirinya bersyukur dan gembira dapat menjadi suami kepada Farawahida. Senyuman memang tak lekang daripada mulut. Hehe. Kalau sebelum ini Farawahida sengaja menyorokkan wajah bakal suaminya, kini semua orang sudah dapat melihat wajah si jejaka yang berjaya mencuri hatinya. Semoga pasangan pengantin baru ini akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Banyak dugaan dan pancaroba yang sudah ditempuhi terutamanya oleh Farawahida sebelum bergelar isteri. Anggaplah ia asam garam kehidupan. Lagi 17 keping gambar sekitar majlis perkahwinan Farawahida dan Abdul Shukor dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook BicaraLensa. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from Farawahida - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan