Lagu Bintang Syurga, dendangan penyanyi dan pelakon Maya Karin, 34, berkumandang di corong radio di Switzerland, semalam.

lagu maya karin berkumandang di radio switzerland
Menurut Pegawai Promosi dan Pemasaran Warner Music Malaysia hari ini, Maya mendendangkan lagu ciptaan Omar K dan Audi Mok sewaktu diundang sebagai tetamu untuk program di Radio Television Suisse.

"Program yang disiarkan di Radio Television Suisse itu dikendalikan oleh penyanyi terkenal di sana, Bastian Barker. Selain ditemu bual, Maya juga berpadu suara dengan Barker untuk beberapa lagu termasuk Bintang Syurga.

"Selain itu, Maya turut mengadakan mini persembahan di Radio Television Suisse yang disaksikan oleh kira-kira 200 penonton," jelas Anne.

Tambah Anne, lagu berentak pop dance dendangan Maya Karin itu mendapat sambutan baik daripada penonton kerana mereka menyukai alunan suara gemersik penyanyi itu.

Anda mungkin juga Meminati