Apabila pelakon Johan Asa'ari mengumumkan mahu melamar pelakon sensasi Lana Nordin sebagai isteri akhir November lalu, nama Shila Amzah turut terkait kerana umum tahu mereka rapat sebelum ini.

shila amzah bersyukur
Sekali lagi apabila Johan mengejutkan peminat ­dengan pengakuan mengatakan
hubungannya dengan Lana Nordin putus kerana tiada restu keluarga baru-baru ini, namanya juga dikaitkan kerana ibu Johan sukakan Shila.

Shila yang pulang ke tanah air pada 8 Disember lalu, mengambil peluang mengadakan sesi fotografi dan temuramah eksklusif sepanjang dua minggu di sini.

Ketika itu, kisah cinta Johan-Lana hangat diperkatakan dan Shila yang kini popular dengan lagu Masih Aku Cinta dan menampilkan Johan sebagai pelakon video klipnya, memilih untuk mengunci mulutnya daripada mengulas lanjut isu itu.

Anak gadis ND Lala dan Fauziah Sarman ini akui 2013 yang baru saja ­berlalu meninggalkan banyak kisah duka buat­nya apabila 'panas' dengan isu cinta.

Anda mungkin juga Meminati