Nuffnang

Sabtu, 11 Januari 2014

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


<b>Rita Rudaini</b> Enggan Ambil Tahu Gosip Kahwin Aidil | Portal <b>...</b>

Posted: 17 Dec 2013 11:18 PM PST

Rita Rudaini Enggan Ambil Tahu Gosip Kahwin Aidil

Umum tahu bahawa sebelum ini seorang gadis bernama Zarema Zainal pernah dikaitkan dengan pergolakan rumahtangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan.

Biarpun sebelum ini Zarema menafikan perkara tersebut, namun sebuah kenyataan oleh Aidil baru-baru ini telah menarik perhatian banyak pihak mengenai hubungan mereka berdua.

Ekoran daripada itu, Rita Rudaini yang ditemui semasa majlis pelancaran filem Balistik malam tadi ketika ditemubual menegaskan bahawa dia tidak mahu mengulas gosip perkahwinan bekas suaminya itu.

Mereka tak ada kena mengena dengan hidup saya, saya tak perlu tahu apa mereka nak lakukan dan saya tak nak komen.

Rita Rudaini Enggan Ambil Tahu Gosip Kahwin Aidil

Rita enggan ulas gosip kahwin bekas suaminya

Dalam perkembangan lain, Rita turut memberitahu kes tuntutan nafkah bagi anak-anaknya dengan pemain bola sepak itu masih belum selesai.

Menurut Rita, jumlah yang seharusnya dibayar oleh Aidil untuk dua orang cahaya matanya sebanyak RM5000 adalah wajar dan melebihi nafkah yang dituntut, berlainan dari apa yang dikatakan oleh Aidil.

RM5000 ini dikira sebagai diskaun daripada saya kerana hanya orang yang mempunyai anak saja tahu tentang perbelanjaan anak-anak. Nasib baik saya bekerja, dapatlah saya tampung hidup saya.

Sebelum ini masa saya dengan dia pun, saya yang uruskan makan pakai anak. Kalau nak cakap anak-anak dah besar tak payah minum susu, rasanya.. orang dewasa macam kita pun perlu minum susu untuk jaga kesihatan, kan?

Dalam pada itu, Rita menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya mengutamakan kemewahan untuk anak-anaknya.

Kalau saya ajar anak saya hidup mewah, masa dia lahir saya dah beli kasut Gucci untuk dia. Saya membeli ikut kemampuan saya kerana mereka itu anak kandung saya. Selagi saya mampu, saya nak berikan yang terbaik untuk anak-anak saya.

Untuk pengetahuan, Rita dan Aidil pernah bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008. Hasil perkahwinannya itu, mereka telah dikurniakan dua cahayamata, Airit Rayyan Rizqin, 5 dan Airit Rafqa Arjuna, 2.

Foto: <b>Rita Rudaini</b> Dilabel Karisma Kapoor Malaysia? | Portal <b>...</b>

Posted: 27 Nov 2013 04:00 PM PST

Foto: Rita Rudaini Dilabel Karisma Kapoor Malaysia?

Tidak dapat dinafikan bahawa Rita Rudaini memiliki rupa paras yang semulajadi jelita tanpa memerlukan solekan tebal.

Namun dalam diam sebenarnya terdapat seorang peminat yang menyedari wajah Rita seakan mirip pelakon terkenal Bollywood, Karisma Kapoor.

Dan daripada apa yang OHBULAN! perhatikan, memang terdapat sedikit persamaan pada wajah kedua-duanya, terutama sekali di bahagian hidung dan mata.

Peminat tersebut merujuk kepada sekeping gambar terbaru yang dikongsikan oleh Rita di laman Instagram miliknya semalam.

Foto: Rita Rudaini Dilabel Karisma Kapoor Malaysia?

Foto berkenaan merupakan salah satu isi kandungan majalah InTrend edisi Disember 2013 yang menampilkan ibu tunggal itu sebagai wajah muka hadapan.

Untuk makluman anda juga, penampilan Rita di dalam majalah tersebut kelihatan berbeza dan dari sinar matanya terserlah sisi kekuatan pelakon ini.

Menerusi InTrend edisi Disember juga, ibu kepada dua orang putera ini berkongsi pengalaman hidupnya selepas mengalami perceraian dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan.

Mungkin ini salah satu cara Rita untuk menunjukkan bahawa dirinya lebih kuat daripada yang disangka.

Apapun, untuk semua pembaca OHBULAN!, di sini kami sertakan beberapa keping foto Rita yang menghiasi muka hadapan majalah InTrend untuk tatapan anda.

<b>Rita Rudaini</b>: Jumlah Nafkah Anak Yang Saya Tuntut Sudah <b>...</b>

Posted: 18 Dec 2013 03:27 AM PST

Sebelum ini Aidil Zafuan memberikan kenyataan di mahkamah yang mana jumlah wang bulanan RM5,392 yang dituntut Rita Rudaini sebagai tidak munasabah termasuk beberapa perkara dalam perbelanjaan yang sudah tidak relevan lagi.

BACA: Aidil Zafuan Dakwa Rita Rudaini Tuntut RM5,392 Sebulan Tidak Munasabah

Menjawab kenyataan Aidil Zafuan itu, Rita Rudaini berkata jumlah tersebut adalah munasabah dan relevan selain bekas suaminya patut bersyukur kerana jumlah tuntutan itu sudah termasuk diskaun selain dirinya yang masih bekerja mencari nafkah.

"Hanya orang yang mempunyai anak saja yang tahu dan faham tentang perbelanjaan anak-anak. Itupun saya dah bagi diskaun pada dia. Dan nasib baik saya bekerja"

"Masa saya dengan dia pun, saya yang uruskan hal anak. Lebih-lebih lagi dengan kos hidup di zaman sekarang. Kalau nak cakap, anak-anak sudah besar tidak perlu lagi minum susu. Rasanya orang dewasa macam kita pun, kena minum susu sampai tua, kan," jelasnya.

Walaupun kehidupan Rita Rudaini & anak anak kini nampak mewah, pelakon ini berkata beliau tidak pernah mengajar kedua dua anaknya ke arah kehidupan sebegitu dan apa yang dibelanjakan adalah kerana beliau mampu.

"Saya tak pernah ajar anak-anak saya hidup mewah. Saya mampu untuk berikan semua itu kerana mereka anak kandung bukan anak tiri saya. Selagi saya mampu, saya akan berikan yang terbaik untuk anak-anak saya," tambahnya lagi.

Rita Rudaini turut berkata yang beliau tidak peduli dan tidak mahu ambil tahu akan gossip yang mengatakan Aidil Zafuan bakal berkahwin tidak lama lagi.

"Mereka tidak ada kena mengena dengan saya dan saya tak perlu ambil tahu," ujarnya ringkas.

Rita Rudaini be like …


Tiada ulasan:

Catat Ulasan