Nuffnang

Sabtu, 11 Januari 2014

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Elly Mazlein</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Dec 2013 11:39 PM PST


Kami Masih Lagi Bertunang - <b>Elly Mazlein</b> - Gossip Artis Malaysia

Posted: 28 Jul 2013 06:35 PM PDT

Pada: Isnin, 29 Julai 2013 Kisah hidup dan pertunangan Elly Mazlien dengan Azmi Hatta yang diikat selama 2 tahun itu masih lagi menjadi misteri. Kemungkinan besar mereka akan menamatkan zaman pertunangan itu tidak lama lagi.

Namun spikulasi mengenainya masih juga samar-samar dimana Elly masih enggan memberikan sebarang komen apa jua sekalipun. Dan sekaligus memberikan tanggapan yang mereka sudah pasti putus tunang.

Memetik lagi portal Utusan semalam, Elly tidak berani untuk memberitahu secara details mengenai situasinya ketika ini. Tidak pasti kenapa Elly bersikap seperti ini. Apa-apa pun berbahagialah dengan dirimu.

"Elly tahu ada segelintir orang yang lebih arif tentang cerita peribadi Elly berbanding diri Elly sendiri. Dan Elly sedar spekulasi membabitkan cerita (pertunangan) Elly ini tidak akan berhenti melainkan Elly naik pelamin.

"Terus terang Elly sendiri tak berani untuk berbicara secara terbuka tentang soal pertunangan ini. Sebab perkara ini di luar bidang kuasa Elly dan sehingga kini masih belum ada kata putus (mengenai urusan perkahwinan).

"Dan Elly minta maaf sebab tak boleh cakap lebih-lebih. Perkara pertunangan ini membabitkan keluarga Elly dan juga pihak Azmi. Elly tak nak mendahului mereka. Takut juga ada perkataan yang menyebabkan mana-mana pihak terasa.

"Biarlah orang nak kata Elly sengaja nak berteka-teki atau nak berdolak-dalih. Sebab Elly hanya akan mengkhabarkan perkara yang sudah ada jawapan pasti,

"Elly minta beri sedikit ruang kepada Elly untuk menyelesaikan perkara ini. Pada masa yang sama Elly tak boleh menghalang pihak media untuk tidak memaparkan cerita kurang enak tentang pertunangan Elly.

"Memanglah Elly boleh cakap yang Elly kuat untuk melayan spekulasi sebegitu. Tapi lama kelamaan pasti akan bosan sebab cerita lapuk sebegini tidak ada kesudahan.

"Jadi kesimpulannya tunggu saja. Nanti kalau sudah ada masa yang sesuai pasti Elly akan mengkhabarkan berita gembira," -Elly

Tag : , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Elly Mazlein</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jan 2014 11:15 PM PST


<b>Elly Mazlein</b> Tiada Perancangan Kahwin - Gua.com.my

Posted: 30 Jul 2013 09:20 AM PDT

Mac lalu, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein enggan mengulas lanjut tentang status pertunangannya dengan pengarah, Azmi Hatta yang dikhabarkan telah terputus di tengah jalan. Ketika itu, Elly memberitahu pihak media dia lebih senang merahsiakannya.

Terbaru, Elly mendedahkan hubungannya bersama tunang tidak menghadapi sebarang masalah, sebaliknya berlangsung seperti biasa. Namun mengakui mereka masih belum ada perancangan untuk melangkah ke gerbang perkahwinan.

"Hubungan saya dengan dia masih macam biasa. Masing-masing sibuk dengan kerjaya. Tiada lagi perancangan untuk berkahwin buat masa ini. Kalau ada, saya akan beritahu kepada semua. Saya akan umumkan kalau sudah sampai waktunya," tutur Elly menyusun bicara.

"Kepada sesiapa yang buat cerita terbabit (putus tunang), saya nasihatkan supaya mereka cuba lagi. Kalau mereka rasakan apabila mereka buat spekulasi mengenai saya, boleh membuatkan mereka bahagia, saya pun tumpang bahagia untuk mereka. Sejujurnya, hubungan saya dan dia berjalan seperti biasa. Tiada apa-apa yang berlaku," tegas Elly lagi.

Bercerita tentang jadual kerjanya sepanjang bulan Ramadan ini, Elly memberitahu sepanjang bulan puasa ini, dirinya ligat menjalani penggambaran drama 40 episod untuk tayangan RTM sehingga tidak punya masa untuk berehat.

"Saya menjalani penggambaran drama bersiri 40 episod yang berjudul 'Mencari Cinta' di samping Fizz Fairuz, Tania Hudson, Aripah Damanhuri dan ramai lagi untuk tayangan TV1 nanti. Sebenarnya, drama ini sudah mula menjalani proses penggambaran semenjak bulan April lagi. 50 peratus penggambaran diadakan di Malaysia dan 50 peratus lagi dijalankan di Amsterdam. Kini tinggal beberapa babak sahaja yang berbaki untuk saya selesaikan. Jadi sepanjang bulan Ramadan ini, saya sibuk dengan penggambaran," jelas pelantun lagu 'Bungaku Bakawali' ini.

"Selain itu, saya juga sempat mencuri masa dengan menjalani penggambaran telemovie dan program hiburan sempena ketibaan Syawal nanti. Antaranya, program 'Raya Sama Sama' yang bakal disiarkan di RTM. Bagi saya, program ini sangat menarik kerana program ini mengumpulkan lebih 150 orang artis senior dan baru dalam satu program," jelas Elly yang ditemui di Majlis Berbuka Puasa anjuran KRU Music di Peninsular Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.

"Program itu memberi peluang untuk saya mengenali artis-artis senior. Saya seronok dapat berjumpa dan berkenal-kenalan dengan mereka. Selain itu, saya rasa gembira kerana dapat bertemu dengan penyanyi-penyanyi asal lagu raya klasik dalam program terbabit. Antara artis senior yang saya temui pada rakaman program tersebut adalah Norshila Amin dan Razis Ismail," cerita Elly teruja.

Bercakap mengenai 'single' terbarunya yang berjudul 'Sabarlah Hati' yang dicipta oleh Manusia Putih, Elly menjelaskan yang dia amat bersyukur kerana sambutan yang diterima amat menggalakkan. Selepas sambutan Syawal, Elly bakal mempergiatkan lagi promosi 'single' terbarunya itu.

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Elly Mazlein</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Dec 2013 11:28 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Elly Mazlein</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Dec 2013 11:35 PM PST


Pertunangan <b>Elly Mazlein</b> & Azmi Hatta Telah Berakhir | Sensasi <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2013 12:14 AM PDT

ellybertunang
Selama ini, Elly Mazlein seringkali enggan memberikan sebarang komen mengenai status pertunangannya dengan Azmi Hatta yang telah pun mencecah 2 tahun. Semalam menerusi Pancaindera di dalam ruangan Miss J, dikhabarkan bahawa pertunangan mereka berdua sudah pun berakhir dan impian membina mahligai perkahwinan sudah berkecai.

Menurut apa yang ditulis oleh Miss J, Elly dan Hatta terpaksa korbankan perasaan hati sendiri demi menjaga hati banyak pihak. Lebih baik jangan bersatu kerana perkahwinan yang dibina bakal membuatkan satu lagi pihak terasa hati. Malah menurut Miss J, Elly merupakan seorang wanita yang kuat cemburu dan tidak boleh melihat tunangnya dihimpit oleh wanita lain.

Tidak diketahui benar atau palsu berita ini. Pasti Elly sedang sedih dan kecewa. Iyerlah, wanita mana yang tidak mahu bergelar isteri. Insya Allah suatu hari nanti Elly akan bertemu juga dengan lelaki yang paling sesuai dengannya. Sama-samalah kita doakan.

624 total views, 1 views today

Tiada ulasan:

Catat Ulasan