rosyam nor - Google Blog Search |
- Balisitik: Satu Lagi Filem Lakonan Mantap Datuk <b>Rosyam Nor</b> <b>...</b>
- Aston Martin, McLaren F1 milik <b>Rosyam Nor</b>? - Gossip Artis Malaysia
- Datuk <b>Rosyam Nor</b> Enggan Jadi Tailong - Gua.com.my
Balisitik: Satu Lagi Filem Lakonan Mantap Datuk <b>Rosyam Nor</b> <b>...</b> Posted: 16 Dec 2013 08:25 PM PST PELAKON: Datuk Rosyam Nor, Rita Rudaini, Adi Putra, Raykarl, Dato' Rahim Razali, Jack Lim dan Mei Yan. TERBITAN: Suhan Movies TARIKH TAYANGAN: 9 Januari 2014 Suhan Movies, produksi milik pelakon terkenal, Rosyam Nor kembali memeriahkan industri perfileman tempatan apabila memperkenalkan filem terbarunya berjudul, Balistik. Balistik merupakan sebuah filem aksi yang mengangkat tema gangsterism dengan suntikan drama dan kasih sayang selain membawa mesej tersendiri kepada penonton tempatan. Filem ini akan dibarisi oleh pelakon-pelakon popular seperti Rosyam Nor, Rita Rudaini, Adi Putra, Raykarl, Dato' Rahim Razali, Jack Lim dan Mei Yan. Rosyam Nor nyata optimis dengan filem ini berdasarkan kelainan yang dibawakan selain menyambung kesinambungan di atas kejayaan filem terdahulunya iaitu Castello sebelum ini. Sinopsis Balistik mengisahkan perjalanan hidup Saga lakonan Rosyam Nor yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Saga juga merupakan suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Rykarl Iskandar). Kegiatan aktif Saga dalam dunia kongsi gelap membuatkan kehidupannya berisiko tinggi dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Gaya hidupnya memaksa Saga untuk mengambil keputusan berpisah dengan Salina. Namun, anaknya di bawa bersama. Enam tahun kemudian, Saga sudah pun membina hidupnya dengan aktif dalam dunia gangsterism bersama temannya, Jack (Jack Lim). Rykarl dibesarkan oleh Saga tanpa kasih sayang seorang ibu. Anak kesayangannya yang sudah pun bersekolah tadika itu sangat rapat dengan gurunya, Zira. Keakraban ini akhirnya mewujudkan rasa sayang Zira kepada Saga, ayah Rykarl. Setelah sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga. Namun, pada ketika itu, Salina sudah pun berkahwin dengan Nizam lakonan Ady Putra yang merupakan rakan baik Saga di rumah anak yatim sewaktu kecil. Saga dan Nizam tersepit dalam dua situasi, Nizam yang berdiri di landasan undang-undang dan Saga yang terpaksa menurut arahan ketuanya untuk membunuh rakan baiknya, Nizam. Balistik bukan saja membariskan pelakon terkenal dengan lakonan yang hebat, malah filem ini turut mempamerkan sebuah plot cerita, aksi dan kemelut dunia gangsterism yang penuh drama dan air mata.
. Di bawah kami kongsikan kepada anda beberapa gambar screenshot dari filem Balistik:
|
Aston Martin, McLaren F1 milik <b>Rosyam Nor</b>? - Gossip Artis Malaysia Posted: 12 Dec 2013 08:30 PM PST Pada: Jumaat, 13 Disember 2013 Pelakon dan pengarah filem selalunya memiliki kenderaan yang cukup mewah bahkan diluar jangkaan apabila membeli kereta hampir setengah hinggalah ke angka jutaan Ringgit. Rosyam Nor yang memetik sisipan HarianMetro hari ini dengan tajuk 'tidak menafikan atau mengiyakan memiliki kereta mewah' jenis sport sepertinya dalam diam memiliki kekayaan persendirian. Mungkin kerana orangnya yang enggan menunjuk-nunjuk, maka kehadiran kereta import mewah ini menjadi tanda tanya daripada peminatnya. Tag : Aston Martin , Gossip Artis , Kereta , McLaren , Pelakon , Pengarah Filem , Rosyam Nor |
Datuk <b>Rosyam Nor</b> Enggan Jadi Tailong - Gua.com.my Posted: 19 Dec 2013 08:00 AM PST Pelakon dan penerbit tersohor, Datuk Rosyam Nor menjelaskan bahawa dia enggan lagi beraksi seperti watak Tailong dalam 'KL Gangster 2' ataupun mana-mana watak yang pernah dijayakan sebelum ini. "Selepas menemui penonton dengan watak Tailong, banyak orang berharap saya akan membawa watak penuh aksi seperti dalam filem 'KL Gangster 2'. Sejujurnya, sebagai seorang pelakon, saya enggan buat semula watak yang pernah saya lakonkan. Saya mahu menjadi pelakon versatil. Saya mahu tampil dengan idea baru di setiap watak yang saya pegang," jelas Rosyam mengulas mengenai wataknya di dalam filem 'Balistik' yang sangat berbeza dengan karektornya dalam filem 'KL Gangster 2'. Filem terbaru terbitan Rosyam, 'Balistik' bakal menjengah pawagam pada 9 Januari hadapan. Menggabungkan elemen aksi dan drama, filem ini turut menampilkan Rita Rudaini, Adi Putra, Rykarl Iskandar, Zul Ariffin dan ramai lagi. "Dari segi pemilihan pelakon, pengarah filem ini, Silver Chung banyak menyerahkan tugas itu kepada saya. Saya memilih Rita kerana sebelum ini kami sudah banyak kali bekerjasama dan Rita cukup sesuai berganding dengan saya. Bagi Adi pula, saya sudah mengenalinya sewaktu dia mula-mula bertapak di Malaysia. Dia juga pernah membintangi drama terbitan syarikat saya. Mereka mempunyai bakat yang besar, begitu juga dengan pelakon-pelakon lain. Saya pilih mereka bukan atas dasar populariti, tetapi atas dasar bakat yang mereka miliki," tutur hero filem 'Castello' ini lagi. Sementara itu, Rosyam juga sempat mengulas tentang penglibatannya sebagai pelakon dalam 'Balistik'.Jelas lelaki ini, dia punya cara tersendiri untuk memasarkan filem terbitannya itu. |
You are subscribed to email updates from rosyam nor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan