Adi Putra - Google Blog Search |
Terlalu Sucikah <b>Adi Putra</b>? – Suami Nooraida | - Beautifulnara Posted: 15 Dec 2013 09:01 PM PST Melihat kesungguhan suami Nooraida (wanita yang didakwa mempunyai skandal denan Adi Putra) Amiruddin Othman, nampak gayanya kes ini akan terus hangat sehinggalah siasatan mengenainya dibuka semula. Amiruddin semalam menerusi Kosmo Ahad mempertikaikan kesucian Adi Putra sehinggakan kesemua kesalahan diletakkan pada isterinya. Kata Amiruddin:-
Nooriada pula mengakui dia melayan mesej Adi Putra kerana keromantikan pelakon itu. Kata Nooraida:-
Sementara itu isteri Adi Putra, Aida Yusof pula menyatakan yang mereka tidak gentar dan tidak kisah sekiranya kes ini dibuka semula. Kata Aida:-
Sama-samalah kita nantikan keputusan terkini mengenai kes ini. Kedua-dua pihak nampak yakin bahawa kebenaran berada di pihak mereka. Kalau kes ini dapat diselesaikan secara baik, itu sudah tentu lebih bagus. Mungkin kesemua pihak yang terlibat boleh duduk semeja untuk berbincang. Mana tahu boleh jumpa jalan penyelesaian yang memberi kemenangan kepada mereka semua. Baca Yang Ini Pulak:- |
Saya Masih Disayangi - <b>Adi Putra</b> | Portal Hiburan OHBULAN! Posted: 18 Nov 2013 12:04 AM PST Umum tahu bahawa isu skandal yang melanda pelakon pujaan ramai, Adi Putra masih belum menemui jalan penyelesaiannya. Sejak kontroversi ini diperkatakan kira-kira dua bulan lepas, ramai peminat dan media yang tertanya-tanya tentang status sebenar kes tersebut. Namun begitu, populariti Adi Putra nampaknya langsung tidak pudar kerana peminat masih lagi teruja setiap kali melihat aktor ini muncul di khalayak ramai. Perkara itu jelas terbukti apabila ketibaan Adi Putra bersama isteri dan anaknya di majlis Jelajah Anugerah Skrin (ASK) 2013 di pusat membeli-belah The Curve, Damansara semalam disambut dengan sorakan gembira oleh penonton yang hadir. Menurut Adi, segala kontroversi yang timbul mengenai dirinya sedikit sebanyak memberi kesan positif di dalam kerjayanya, apatah lagi dia kini sedang rancak mengembangkan perniagaannya. Adi Putra tetap bahagia di samping isteri dan anak
Malah, desas-desus yang mengatakan Adi menggunakan orang atasan untuk menggugurkan kesnya juga seakan tidak memberi kesan langsung kepada pelakon ini.
Untuk pengetahuan anda, Adi kini sedang mengusahakan perniagaan keperluan mandi berjenama Hadaz untuk keperluan masyarakat di Malaysia. Dalam masa yang sama, Adi menegaskan akan tetap berkongsi dengan para peminatnya mengenai keputusan kes skandal tersebut apabila tiba masanya.
Apapun, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping foto Adi bersama isteri dan anaknya untuk tatapan anda. |
You are subscribed to email updates from Adi Putra - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan