Nuffnang

Ahad, 2 Februari 2014

Saiful Apek - Google Blog Search

Saiful Apek - Google Blog Search


<b>Saiful Apek</b> Bebas Dari Tuduhan Dadah | Oh! Artis

Posted: 02 Oct 2013 04:00 AM PDT

ohartis-saiful-apek-bebas-dari-dadah-3

Pelakon dan pelawak terkenal tanahair Saiful Apek yang pernah ditahan atas tuduhan mengambil ganja pada tiga tahun lalu memanjatkan kesyukuran kerana terlepas daripada tuduhan tersebut dan telah dibebaskan selepas keputusan dibuat di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid turut membuat keputusan yang sama terhadap tiga lagi tertuduh yang ditangkap bersama Apek iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28.

Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff didakwa melakukan kesalahan mengambil ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010.

Dakwaan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

OHARTIS: ALHAMDULILLAH APEK. SEMOGA MEMBINA KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK.

Tiada ulasan:

Catat Komen