Nuffnang

Ahad, 2 Februari 2014

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


Afdlin Shauki dan <b>Hans Isaac</b> Gaduh? ~ Perihal Negara

Posted: 05 Dec 2013 06:33 PM PST


Afdlin memberitahu dia dan Hans tidak pernah bermusuhan seperti dilaporkan.

Pelakon dan pengarah Afdlin Shauki menafikan laporan dia tidak lagi bertegur sapa dengan rakan baiknya, Hans Isaac dan menganggap cerita berkenaan sebagai mengarut.


Afdlin berkata, dia juga pelik bagaimanakah cerita berkenaan boleh timbul sedangkan tuduhan itu tidak pernah terjadi.

"Saya dan Hans telah berkawan sejak kami bersekolah. Jika kami bergaduh pun ia hanya melibatkan tentang kerja dan selebihnya kami sangat rapat sehingga ke hari ini.

"Cerita yang mengatakan kami bergaduh adalah mengarut sama sekali," katanya kepadamStar Online.

Minggu lalu, sebuah akhbar melaporkan Afdlin kononnya berjauh hati dengan sikap Hans yang tidak membantunya ketika dia berada dalam keadaan susah selain kumpulan Boboi tidak dijemput menyertai pementasan Lawak Ker Der 3 (LKD3) di Istana Budaya.

Menjelaskan hal berkenaan, Afdlin berkata, dia tidak dapat memberikan komitmen kepada pelawaan Hans untuk terlibat dalam LKD3 kerana terlibat dalam beberapa projek lain.

Jelas Afdlin, Hans juga memahami mengenai situasi itu dan tidak pernah timbul sebarang isu tentang hal tersebut.

"Takkan la hanya kerana saya tidak dapat menyertai Lawak Ker Der! saya dituduh bermusuh dengan Hans. Sebenarnya jadual kerja kami benar-benar padat, itu sahaja," jelasnya.

Lawak Ker Der 3 sedang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula Rabu lalu sehingga Ahad ini. Ia menampilkan Harith Iskander, Douglas Lim, Kuah Jenhan, Nabil dan kumpulan Jambu.

Dalam pada itu, Afdlin berkata, dia masih belum bersedia untuk mengarah filem selepas menghasilkan Papadom 2 dua tahun lalu.

Katanya, senario industri perfileman yang disifatkan sebagai tidak sihat membuatkan dia tidak berani untuk mengambil risiko.

"Tindakan itu bukan bererti saya merajuk atau ingin bersara daripada dunia pengarahan cuma industri perfileman kita hari ini seperti tiada masa depan.

"Saya tidak berani untuk mengambil risiko dengan mengarahkan filem buat masa ini tetapi jika ada karya yang baik mungkin saya akan lakukan," katanya.

Papadom 2 menampilkan barisan artis seperti Liyana Jasmay, Khir Rahman, Hans Isaac, Johan (Raja Lawak), Vanidah Imran, Scha Al-Yahya, Riezman Khuzaimi dan Pete Teo. Ia bakal ditayangkan di pawagam bermula 12 Disember depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan