Elfira Loy - Google Blog Search |
<b>Elfira Loy</b> Rimas Peniaga #VisitMyIG Ambil Kesempatan | Portal <b>...</b> Posted: 12 Feb 2014 04:00 PM PST Selain daripada berdepan dengan sikap peminat yang gemar menegur secara tidak berhemah di laman sosial, boleh dikatakan peniaga-peniaga online juga adakalanya memberi masalah kepada selebriti tempatan. Tidak dinafikan, persaingan hebat antara pengguna laman sosial yang menjinakkan diri di dalam bidang perniagaan amat baik dan wajar diikuti, namun tanpa disedari mereka sebenarnya telah menceroboh privasi seseorang. Malah Elfira Loy sendiri pernah meluahkan rasa tidak puas hati di Instagram baru-baru ini kerana tidak tahan dengan limpahan komen Visit my IG yang memenuhi setiap gambar-gambarnya. Luahan perasaan Elfira di Instagram Menurut Elfira yang ditemui oleh OHBULAN! tempoh hari, dia langsung tidak mempunyai masalah dengan peniaga sekiranya mereka berniaga dengan cara yang betul.
Bagi yang masih belum mengetahui, Elfira juga mengusahakan perniagaan selendang secara kecil-kecilan secara atas talian yang diberi nama Twinkel by Elfira.
Bagaimanapun Elfira mengakui selendang yang dijual dengan harga RM99 sehelai itu agak mahal dan sukar dimiliki oleh para peminat yang kebanyakannya dari kalangan pelajar sekolah. Namun begitu, Elfira tidak berhasrat untuk mengurangkan harga sebaliknya dia memperkenalkan sarung telefon pintar yang direka sendiri dengan harga lebih murah bagi tidak menghampakan peminat. Apapun untuk semua pembaca OHBULAN!, mari lihat foto-foto Elfira yang manis di bawah ini. Untuk pengetahuan anda, pelakon ini bertudung sewaktu hadir ke Majlis Tayangan Amal DiRaja Permata Hati hanyalah untuk menonjolkan wataknya sebagai gadis berhijab di dalam filem berkenaan. |
You are subscribed to email updates from Elfira Loy - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan