kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search |
Bukan klon ' The <b>Fabulous Cats</b>' ~ KakiGosip.com Posted: 24 Oct 2013 07:03 PM PDT SIAPA sangka empat anak muda ini akhirnya berjaya mengeluarkan single terbaru berjudul 'Pengakuan', ciptaan penyanyi popular, Alyah selepas dinobatkan sebagai bintang Idola BH. Dianggotai Mohd Khairul Iqhssan, 28 (Arween), Syed Alfrizal, 26 (Alfie), Zack Merican, 20 (Zack) dan seorang ahli wanita, Maya Hariyanto, 21 (Maya), Tiga mempertaruhkan genre world music, pop RNB dan Pop Rock. Malah kumpulan ini juga optimis meneruskan perjuangan mereka bagi meneruskan kelangsungan imej 'Voicing Group' sepertimana Fabulous Cat, Ruffadge dan VE. Bagaimanapun, Arween, mewakili Tiga, menafikan kumpulannya adalah klon kepada kumpulan muzik yang sedia ada dan enggan disamakan dengan The Fabulous Cats meskipun dilihat membawa genre muzik yang hampir sama. "Kami bukan klon The Fabulous Cats dan kami tidak mahu bayangi kumpulan itu. Kami lebih menekan konsep vokal secara harmoni berbanding kumpulan itu. "Mungkin peminat akan membuat persamaan terhadap kami memandangkan Tiga juga mempunyai ahli kumpulan wanita. Namun muzik yang kami bawakan berbeza dari kumpulan itu," katanya. Mengulas mengenai lagu Pengakuan, seorang lagi anggota Tiga, Alfie berkata, lagu ciptaan Alyah itu pastinya akan menambat perhatian peminat muzik tanah air. "Kami dapat rasakan lagu ini bakal menjadi perhatian kerana berentak rancak dan sesuai dengan genre kumpulan kami. "Sebenarnya, ada cerita di sebalik lagu yang disimpan sejak tahun 2008. Sebab itulah saya meminta kepada Alyah untuk menyanyikan semula lagu ini. "Saya sendiri kenal rapat dengan Alyah dan ia adalah cetusan yang lahir semasa saya bersama Alyah menganggotai kumpulan bersama dua lagi anggota dari Indonesia sebelum ini," kata Alfie yang pernah menyertai beberapa program realiti nyanyian seperti Akademi Fantasia dan Mentor tetapi tidak berjaya menjadi finalis program itu. |
<b>Kumpulan</b> Tiga Tidak Tiru The <b>Fabulous Cats</b> - Halaman Gambar <b>...</b> Posted: 08 Oct 2013 05:53 PM PDT KUALA LUMPUR: Kumpulan Tiga tidak meniru ataupun menjadi klon mana-mana kumpulan muzik yang sedia ada termasuk The Fabulous Cats biarpun membawa genre muzik hampir sama. Ketua kumpulannya Arween atau nama sebenar Mohd Qhairol Ighssan, 28, berkata, kumpulan tersebut lebih menekan konsep vokal secara harmoni berbanding The Fabulous Cats. "Kami bukan klon atau mempunyai persamaan dengan kumpulan The Fabulous Cats iaitu terdapat seorang wanita dan seorang penyanyi rap. "Single pertama berjudul Pengakuan pula dicipta oleh penyanyi Alyah yang pernah menyertai kumpulan ini suatu ketika dahulu. Lagu ini dibuatnya semasa dia masih dalam kumpulan ini," katanya pada sidang media pelancaran single berkenaan. Tiga turut dianggotai Alfie (Syed Alfrizal), Maya (Maya Haryanto) dan Zack Marican. Tambah Arween, kumpulan berkenaan memperjuangkan genre muzik yang pelbagai termasuk 'world music', pop RNB dan pop rock. Bercakap tentang lagu Pengakuan katanya, karya itu mampu menambat hati pendengar dan mesra radio. "Kami dapat rasakan lagu ini bakal menjadi perhatian kerana berentak rancak dan sesuai dengan genre kumpulan kami," katanya. Bagaimanapun, dia menolak langkah kumpulan itu melakukan kerjasama dengan Alyah adalah untuk menumpang popularitinya. Sementara itu, Alyah berkata, Pengakuan diciptanya sekitar tahun 2005 yang mendapat pengaruh muzik kumpulan The Fabulous Cats. "Saya buat lagu tersebut ketika saya masih lagi ahli kumpulan ini dan saya akui sedikit sebanyak ada pengaruh muzik The Fabulous Cats. "Namun disebabkan ramai ahli kumpulan ini yang boleh mengubah lagu, maka lagu saya disimpan sahaja dan tidak sangka sekarang baru ada yang meminta untuk menyanyikannya," kata Alyah. |
You are subscribed to email updates from kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan