Nuffnang

Khamis, 13 Februari 2014

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


<b>Shaheizy Sam</b> Kembali Ke Bidang Nyanyian? | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2014 07:08 PM PST

Shaheizy Sam Kembali Ke Bidang Nyanyian?

Pernah menyandang gelaran 'Bintang Paling Popular' di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012), jejaka berusia 32 tahun ini nyata sudah berjaya menempa namanya dalam industri.

Artikel Berkaitan: Tahniah! Shaheizy Sam Berjaya Mengulangi Kejayaan Di ABPBH 2012

Bagaimanapun, Shaheizy Sam atau lebih mesra dipanggil Sam ini dilihat sinonim dengan kariernya sebagai seorang pelakon berbanding bidang nyanyian.

Namun, Sam ketika ditemubual di sidang media Pelancaran Single 'Bangun' bersama 'Nescafe Cans' ini tidak menafikan bahawa dia kini sudah kembali menyanyi.

"Tapi tidaklah sampai nak jadikan nyanyian sebagai profesion utama buat masa sekarang. Single ini lebih kepada memberi penghargaan kepada penyokong yang seringkali tanya bila Sam nak buat lagu.

Lagipun, Sam suka dengan konsep lagu 'Bangun' hasil sentuhan Audi Mok yang menggabungkan antara rapping dan menyanyi. Nampak ada kelainan."

Shaheizy Sam Kembali Ke Bidang Nyanyian?Sam berduet dengan Liyana Jasmay untuk single terbarunya berjudul 'Bangun'

Menariknya, lirik single 'Bangun' yang dinyanyikan secara duet bersama Liyana Jasmay ini merupakan hasil inspirasi daripada 50,000 penyertaan peminat dalam kempen 'People Powered Nescafe'.

"Sam gabungkan idea-idea yang peminat bagi menjadi satu lirik sebab Sam mahu lagu ini boleh didengari oleh semua lapisan masyarakat dan mampu memberi semangat kepada mereka."

Sam turut menambah bahawa pemilihan Liyana Jasmay untuk berduet dengannya dalam single ini adalah disebabkan suara pelakon itu yang dikatakan mampu membawa lagu ini dengan lebih santai.

"Sam memilih Liyana untuk berduet adalah kerana attitude dia. Dia tidak mencuba sesuatu yang melebihi kemampuan untuk jadikan suara lebih lunak. Itu yang buat suara dia sedap.

Kalau saya beri lagu ini kepada penyanyi hebat, skill nyanyian mereka nanti jadi sia-sia sahaja sebab lagu ini perlukan energy, attitude yang bersesuaian dan santai."

Shaheizy Sam Kembali Ke Bidang Nyanyian?Sam lebih puas berlakon drama

Ditanya mengenai bidang lakonannya yang juga dilihat agak sepi sejak akhir-akhir ini, Sam memberitahu bahawa sesi penggambaran beberapa buah filemnya telahpun selesai sejak tahun lalu. Namun atas sebab tertentu, filem-filem tersebut masih belum dilancarkan lagi.

"Kebanyakan filem Sam delay, mungkin sebab itu Sam nampak senyap. Selain itu, Sam pun akan berlakon semula dalam drama sebab bagi Sam drama lebih beri kepuasan berbanding filem."

Sam turut menjelaskan bahawa dirinya kini mahu kembali kepada tujuan asal perjuangannya iaitu untuk memberi perubahan kepada industri hiburan tanah air.

Apa kata kita tonton dahulu video klip rasmi single berjudul 'Bangun' daripada Sam dan Liyana Jasmay. Ada juga foto-foto terbaru Sam yang kami sediakan khas untuk tatapan anda. Enjoice!

<b>Shaheizy Sam</b> Nak Isteri Bukan Dari Golongan Artis - MyNewsHub.My

Posted: 27 Jan 2014 08:32 PM PST

Pelakon yang pernah merangkul trofi Bintang Paling Popular 2012, Shaheizy Sam mengakui dia enggan memilih calon isterinya daripada golongan artis dan selebriti.

Sebelum ini, nama Sam pernah hangat digosipkan dengan rakan artis seperti Nur Fazura dan Syatilla Melvin.

"Bayangkan, mummy (Khaty Fauziah) pun susah nak berjumpa saya sejak berkecimpung dalam bidang lakonan. Justeru, apa akan jadi jika saya berkahwin dengan isteri yang terbabit dalam bidang seni?" katanya memetik laporan Harian Metro.

Walaupun masih belum berteman, Sam menyatakan dia tidak pernah berasa sunyi kerana sentiasa dikelilingi keluarga serta anak saudara yang sememangnya sangat manja dengan dirinya.

Sementara itu, nama Sam sekali lagi terpilih menjadi top 5 finalis Anugerah Bintang Popular 2013 menerusi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, bersaing dengan Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan Razak dan Pekin Ibrahim.

Bagi kategori online pula, Sam berentap dengan aktor Adi Putra, Awal Ashaari, Karl Shafek dan Nazim Othman bagi trofi Artis Lelaki Paling Stailo.

Oleh: AUDREY LEE

Anda mungkin juga meminati:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan