Nuffnang

Selasa, 11 Februari 2014

Iqram Dinzly - Google Blog Search

Iqram Dinzly - Google Blog Search


Soo Wincci Anggap <b>Iqram Dinzly</b> Sahabat - Gua.com.my

Posted: 06 Feb 2014 08:03 AM PST

Semakin rapat bersama, Soo Wincci menafikan yang dia mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan pelakon kacak Iqram Dinzly. Sebaliknya, Wincci mengklasifikasikan hubungan tersebut sebagai persahabatan yang telus kerana dia belum bersedia untuk bercinta. Jelas Wincci, dia mahu memberikan sepenuh fokus terhadap kerjaya buat masa ini.

"Ramai juga yang bertanya kepada saya perihal perkara ini, termasuklah orang di sekeliling. Mungkin kerana kami berdua masih bujang yang menyebabkan spekulasi tersebut wujud, namun apa yang saya boleh katakan ialah saya selesa berkawan dengannya. Namun, buat masa ini saya ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya saya dahulu," ujar Wincci ketika ditemui di sidang media 'Muzika Ekstravaganza' di Auditorium P. Ramlee pada Rabu.

Mengakui tidak mendapat rehat secukupnya kerana terlalu kuat bekerja, Wincci berkongsi pernah suatu ketika kereta yang dipandunya hampir terbabas kerana terlalu mengantuk. Kepadatan jadualnya menyebabkan Wincci sering kali tidur tiga jam sahaja dalam sehari.

Untuk memastikan dirinya sentiasa cergas, Wincci mengutamakan pengambilan vitamin. Jika di lokasi penggambaran, Wincci akan menggunakan waktu terluang untuk tidur. Pihak produksi juga sedia maklum dengan tindakannya itu.

"Bagi menjaga hati kedua belah pihak iaitu pengurusan di Malaysia dan Taiwan, saya mengambil langkah untuk mengorbankan kehidupan peribadi saya. Malah pada tahun ini juga saya tidak bercuti untuk menyambut Tahun Baru Cina kerana terlalu sibuk bekerja," ujar Wincci.

Menurut Wincci, sudah hampir tiga bulan dia tidak pulang ke Taiwan kerana terlalu sibuk dengan kerja di Malaysia dan hal tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang pihak pengurusan Taiwan. Wincci bakal pulang ke Taiwan bagi menumpukan sepenuh perhatian untuk album keduanya di sana.

Selain itu, Wincci melahirkan rasa terujanya kerana pertama kali terlibat dengan 'Muzika Ekstravaganza' dan bakal mempersembahkan dua buah lagu iaitu 'Musim Asmara' serta bergandingan dengan Sleeq menerusi lagu Sahabat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan