Jue Aziz - Google Blog Search |
<b>Jue Aziz</b> kahwin rahsia? – Perak Today Posted: 12 Sep 2013 08:04 PM PDT 'KEMUNCULAN' seorang bayi lelaki di laman Instagram milik pelakon Jue Aziz menarik perhatian ramai untuk mengetahui siapakah gerangan bayi tersebut kepada Jue. Apatah lagi, 'kehilangan' Jue dari persada seni sejak kebelakangan ini menimbulkan spekulasi liar bahawa Jue sudah berkahwin dan bayi lelaki tersebut adalah anaknya. "Sudah hampir setahun saya menjaganya, nama dia Darwisy Naufal, 26 September ini genaplah setahun usianya. Dia adalah anak kenalan saya, ibu bapanya orang susah, jadi saya ambil dia sebagai anak angkat saya," jelas aktres berusia 30 tahun ini. Mengulas mengenai dakwaan dia merahsiakan perkahwinan dengan seorang pelakon baru di Turki tahun lalu, Jue bagaimanapun pantas menafikan perkara itu. "Saya masih belum berkahwin sehingga kini. Memang saya ada ke Turki tetapi ketika itu saya terlibat dengan penggambaran bersama produksi Erma Fatima. Tunjukkan bukti jika benar saya sudah berkahwin. "Malah, jika benar Darwisy itu anak saya, tidak tergamak untuk saya menidakkan kehadirannya dalam hidup saya. Saya bukan sekejam itu," ujarnya kesal. Menurut Jue, dia memahami kenapa isu sebegini ditimbulkan apatah lagi, dia sudah lama tidak muncul dalam ruangan gosip atau hadir dengan kisah kontroversi. "Biarpun saya sudah lama tidak muncul di dada akhbar, tidak bermakna saya tidak lagi aktif dengan karier lakonan. Karier saya berjalan seperti biasa, cuma saya tidak gemar dengan publisiti, cukup-cukuplah apa yang saya lalui sebelum ini. "Sekarang orang cuba timbulkan kontroversi dengan kata Darwisy adalah anak saya dan saya faham kenapa mereka bertindak sebegitu. Saya sudah jangka pasti akan ada pihak yang akan cuba mencipta isu sebegini," katanya. Impian terlaksana Berkongsi pengalaman menjaga bayi, Jue berkata, dia sememangnya tidak mempunyai masalah menjaga anak kecil kerana pernah menjaga anak buahnya sebelum ini. Namun, pengalaman menjaga Darwisy memberikan kenangan yang cukup bermakna buatnya apatah lagi banyak masa dihabiskan melayan kerenah anak kecil ini. "Sebenarnya sudah lama saya teringin untuk mendapat anak. Sejak enam, tujuh tahun lalu lagi dan Alhamdulillah, ALLAH makbulkan permintaan saya. "Dulu pergi mana-mana saya seorang, kini ke mana-mana saya pergi, saya akan bawa dia. Apatah lagi saya lebih gemar duduk di rumah dan dialah yang akan menemani saya. "Jika saya terlibat dengan penggambaran, kakak saya akan membantu menjaga Darwisy," katanya yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Suami Aku Ustaz. Jue berkata, dia sanggup mengambil pil bagi memastikan dapat menyusukan Darwisy dalam tempoh beberapa bulan. "Alhamdulillah, saya dapat menyusukan dia sehingga kenyang untuk beberapa kali bagi memenuhi syarak. Selain itu saya turut berurut bagi memastikan saya ada susu badan yang cukup. "Namun kini saya sudah berhenti memberikan susu badan dan Darwisy kini hanya meminum susu formula sahaja," jelasnya. -SINAR HARIAN |
You are subscribed to email updates from Jue Aziz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan