Nuffnang

Selasa, 11 Februari 2014

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


Fesyen <b>Neelofa</b> Di Anugerah MeleTOP Era Dapat Kritikan Hebat |

Posted: 09 Feb 2014 07:05 PM PST


Abang Nara tidaklah pandai sangat bab-bab fesyen ini. Malah Neelofa adalah salah seorang selebriti kegemaran Abang Nara. Namun pandangan mata tidak dapat membohong. Memang fesyen yang dikenakan Neelofa ketika Anugerah MeleTOP Era sangat pelik, tidak sesuai dan mendapat kritikan daripada banyak pihak.
pakaian neelofa anugerah meletopAgak pelik juga kerana selama ini "fashion taste" Neelofa biasanya betul. Dengan pakaian ala-ala "swimsuit" berwarna pink, Neelofa kelihatan seperti salah seorang anggota Power Rangers. Memang tidak sesuai kerana pakaian tersebut melekap pada badan. Kalau Neelofa tinggi sedikit, mungkin lebih sesuai.

pakaian neelofa anugerah meletop

Fesyen baju hijau yang dikenakan oleh Neelofa ini pula disamakan dengan "Picollo" daripada komik Mutiara Naga. Tergelak juga Abang Nara dibuatnya. Membaca kritikan-kritikan di Twitter dan Facebook oleh para pengikut Anugerah MeleTOP Era, Abang Nara akui kekreatifan anda semua. Siap ada yang buat gambar perbandingan sebelah menyebelah.

pakaian neelofa anugerah meletop

Diharap pada masa akan datang Neelofa akan lebih berhati-hati memilih pakaian dan fesyen yang sesuai dengannya. Apa pula pendapat anda? Adakah memang pelik fesyen Neelofa atau itu hanya sekadar pandangan minoriti? Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Hanya 10 hari untuk hidup, bayi ini ditatang oleh ibu bapanya

pakaian neelofa anugerah meletop
pakaian neelofa anugerah meletop
pakaian neelofa anugerah meletop
pakaian neelofa anugerah meletop
pakaian neelofa anugerah meletop

Baca Yang Ini Pulak:-

Selebriti Fesyen Wak Doyok Hentam <b>Neelofa</b>? | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2014 06:35 PM PST

Selebriti Fesyen Wak Doyok Hentam Neelofa?

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Begitulah diibaratkan dengan situasi tegang yang dipercayai berlaku antara pemilik jenama The Garment, Wak Doyok dan si pelakon cantik, Neelofa.

Dek kerana kenyataan "Eh, dia bukan dari Indonesia ke?" yang dikeluarkan oleh Neelofa ketika mengacarakan Anugerah Meletop Era 2014 (AME 2014), Wak Doyok telah memuatnaik sekeping foto di Instagram dengan caption pedas yang dipercayai untuk menyindir Neelofa.

Menurut sumber-sumber terapat, caption foto tersebut dipercayai ditujukan kepada Neelofa yang diketahui umum memakai pakaian menyerupai watak Power Rangers merah jambu di AME 2014.

Selebriti Fesyen Wak Doyok Hentam Neelofa?

Foto yang dimuatnaik oleh Wak Doyok

Berikutan itu, ada peminat yang bersetuju dengan tindakan berani Wak Doyok dan mendakwa Neelofa tidak membuat research secukupnya sebelum mengacara.

Selebriti Fesyen Wak Doyok Hentam Neelofa?

Tidak kurang juga yang mempertahankan Neelofa dengan mengatakan bahawa nama Wak Doyok sama dengan seorang selebriti dari Indonesia yang bernama Doyok.

Selebriti Fesyen Wak Doyok Hentam Neelofa?

Adakah Neelofa akan mendiamkan diri mengenai perkara ini atau pun memberi kenyataan balas kepada selebriti fesyen ini? Sama-sama kita nantikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan