Nuffnang

Selasa, 11 Februari 2014

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


Foto : <b>Nora Danish</b> & Nedim Bercuti Ke Bali Pula | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2014 08:53 PM PST

Foto : Nora Danish & Nedim Bercuti Ke Bali Pula

Kalau diperhatikan, rasanya Nora Danish dan Nedim memang sesuai wujudkan rancangan travelogue sendiri. Mana tidaknya, boleh dikatakan setiap kali mempunyai masa terluang pasti mereka akan berkunjung ke tempat-tempat percutian di dalam mahupun di luar negara.

Jika sebelum ini, Nora dan Nedim pernah ke Myanmar, Thailand dan Paris, namun Bali sekali lagi menjadi destinasi pilihan pasangan popular ini.

Apa yang pasti mereka tidak hanya pergi berdua sebaliknya ditemani oleh kakak Nora, Nadia Danish dan juga Naqiuddin Nazri.

Foto : Nora Danish & Nedim Bercuti Ke Bali Pula

Menerusi foto-foto yang dikongsikan di Instagram milik Nora, mereka bukan sahaja pergi bercuti tetapi juga menghadiri sebuah majlis bagi meraikan kawan mereka yang baru melangsungkan perkahwinan.

Apa yang lebih menarik perhatian peminat ialah apabila Nora berkongsi video Nedim sedang menyanyi lagu Tiada Lagi di majlis tersebut.

Foto : Nora Danish & Nedim Bercuti Ke Bali Pula

Dalam diam rupanya jejaka yang digosipkan bercinta dengan Nora ini mempunyai suara merdu dan mampu mencairkan hati yang mendengarnya. Adakah ini salah satu faktor Nora terpikat dengan Nedim?

Apapun buat semua peminat Nora dan Nedim, di sini kami kongsikan foto-foto percutian dan video rakaman untuk tatapan anda. Semoga terhibur!

Kredit foto: Instagram Nora Danish

Sudah Mula Beli Barang Hantaran, <b>Nora Danish</b> & Nedim Nazri <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2014 07:17 PM PST


Wow. Menarik sungguh perkembangan hubungan Nora Danish dan Nedim Nazri yang ditulis menerusi Harian Metro hari ini. Kalau sebelum  ini Nora dan Nedim sering menafikan rasa cinta dan tidak memanjang jauh hubungan yang tercipta, kali ini desas-desus menyatakan yang mereka sudah pun mula membuat persiapan untuk perkahwinan yang bakal dilangsungkan hujung tahun ini.

boss ned

Antara persiapan yang kononnya sudah dilakukan ialah pembelian barang hantara sedikit demi sedikit. Malah beberapa pereka fesyen terkenal juga dikatakan sudah berada di dalam senarai untuk mereka busana pengantin mereka. Fuh ~~ Kalau benarlah desas-desus ini, Abang Nara pasti banyak pihak yang gembira melihat dua hati ini akhirnya akan bersatu.

boss ned

Pada pendapat Abang Nara, Nora Danish dan Nedim memang sesuai dan bagai pinang dibelah dua. Kedua-duanya pernah gagal dalam perkahwinan. Kedua-duanya merupakan ibu dan bapa tunggal. Pasti mereka lebih memahami antara satu sama lain kerana pernah melalui sejarah yang lebih kurang sama. Apa pun, sama-samalah kita doakan. Khas untuk tatapan anda, Abang Nara tinggalkan video comel aksi Nora Danish bersama anaknya, Rayqal. Cute sangat!!!

Baca Yang Ini Pulak:-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan