Nuffnang

Sabtu, 1 Februari 2014

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


Cik Crab : BALISTIK : Lakonan <b>Rosyam Nor</b>, Rita Rudaini

Posted: 03 Jan 2014 08:12 AM PST




Assalamualaikum.Hye ! . Selamat malam ! dan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH .
Entry yang kedua untuk tahun 2014. Apa yang fatin nak updates? Ok, baca tajuk entry nie. Dah baca ? Good!! Fileem BALISTIK bakal menemui peminat di tanah air. Nak tahu cerita ini mengisahkan tentang apa ? Jom review. :)




balistik, sinopsis filem balistik, rosyam nor, rita rudaini, balistik lakonan rosyam nor & rita rudaini,





Balistik merupakan sebuah filem aksi yang mengangkat tema gangsterism dengan suntikan drama dan kasih sayang selain membawa mesej tersendiri kepada penonton tempatan.Filem ini akan dibarisi oleh pelakon-pelakon popular seperti Rosyam Nor, Rita Rudaini, Adi Putra, Raykarl, Dato' Rahim Razali, Jack Lim dan Mei Yan.
SINOPSIS FILEM BALASTIK 
 Balistik mengisahkan perjalanan hidup Saga lakonan Rosyam Nor yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Saga juga merupakan suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Rykarl Iskandar).
Kegiatan aktif Saga dalam dunia kongsi gelap membuatkan kehidupannya berisiko tinggi dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Gaya hidupnya memaksa Saga untuk mengambil keputusan berpisah dengan Salina. Namun, anaknya di bawa bersama.
Enam tahun kemudian, Saga sudah pun membina hidupnya dengan aktif dalam dunia gangsterism bersama temannya, Jack (Jack Lim). Rykarl dibesarkan oleh Saga tanpa kasih sayang seorang ibu. Anak kesayangannya yang sudah pun bersekolah tadika itu sangat rapat dengan gurunya, Zira. Keakraban ini akhirnya mewujudkan rasa sayang Zira kepada Saga, ayah Rykarl.
Setelah sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga. Namun, pada ketika itu, Salina sudah pun berkahwin dengan Nizam lakonan Ady Putra yang merupakan rakan baik Saga di rumah anak yatim sewaktu kecil.
Saga dan Nizam tersepit dalam dua situasi, Nizam yang berdiri di landasan undang-undang dan Saga yang terpaksa menurut arahan ketuanya untuk membunuh rakan baiknya, Nizam.
Balistik bukan saja membariskan pelakon terkenal dengan lakonan yang hebat, malah filem ini turut mempamerkan sebuah plot cerita, aksi dan kemelut dunia gangsterism yang penuh drama dan air mata.
Jangan lupa untuk menonton filem ini di pawagam 09/01/2014 

Tiga Kereta Mewah <b>Rosyam Nor</b> Bernilai RM8 Juta?! | Sentiasa Panas

Posted: 15 Dec 2013 08:32 PM PST

Pelakon dan penerbit terkenal tanah air, Datuk Rosyam Nor menganggap dakwaan yang mengatakan dirinya memiliki tiga kereta mewah bernilai RM8 juta itu tidak sepatutnya dijadikan isu besar.
Menurut petikan laporan Harian Metro, Rosyam yang merupakan penerbit Suhan Movies & Trading berkata, "Hak milik siapa kereta itu tidak penting. Bagi saya, tak patut jadi isu pun jika ia hak saya. Kalau saya nak pakai pun, salah ke?

"Benda ini terlalu peribadi untuk diceritakan, jadi saya harap tiada pihak cuba untuk cetus kontroversi pula," ujarnya.

(Baca: Top 10 Muka Hadapan Majalah Terkenal Paling Kontroversi )

Menurut pemilik nama sebenar Mohamed Noor Shamsuddin ini lagi, dia akan memberi penjelasan bila tiba waktu yang sesuai dan berharap agar persoalan mengenai pemilik tiga kereta mewah itu tidak diperbesarkan.

"Adakah satu kesalahan kalau saya benar-benar pakai tiga kereta mewah itu atau salah ke kalau saya hanya pinjam kereta-kereta itu?." katanya lagi.


Baru-baru ini desas-desus mendakwa Rosyam, 46, memiliki tiga kereta jenis sport iaitu McLaren MP4, Aston Martin Rapide dan Aston Martin DB9.

Dalam perkembangan lain, Rosyam bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul "Balistik" pada 9 Januari depan.

(Baca: 5 Rahsia Bilik Hotel Yang Menjijikkan)

Filem yang turut dilakonkan oleh Adi Putra, Rita Rudaini, Rykarl Iskandar, Jack Lim, Syamsul Yusof dan Susan Lankester ini mengisahkan Saga, seorang pembunuh upahan dan ahli kumpulan geng mafia ditinggalkan isterinya, Salina yang bimbang nyawanya terancam.

Beberapa tahun kemudian, Saga telah terjumpa Salina yang kini sudah berkahwin dengan Inspektor Nizam yang merupakan teman baik Saga ketika di rumah anak yatim piatu.

Sumber: My.entertainment.yahoo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan