Nuffnang

Sabtu, 1 Februari 2014

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


Qi Razali Cuba Terima Hubungan <b>Sharnaaz Ahmad</b> & Nelydia <b>...</b>

Posted: 30 Jan 2014 07:36 AM PST

ohmedia-sharnaaz-ahmad-qi-razali

Sebelum ini Qi Razali pernah meluahkan rasa cemburunya di laman sosial Twitternya terhadap pelakon Sharnaaz Ahmad kerana memuatnaik gambar yang mesra dengan kekasih hatinya Nelydia Senrose. Beberapa keping gambar mesra dan intim itu dimuatnaik oleh Sharnaaz sejak dia dan Nelydia berganding dalam drama terbaru Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

BACA: Qi Razali Cemburukan Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose

Qi mengakui sebenarnya masih cuba untuk menerima perhubungan mereka dan menurutnya dia tiada masalah dengan gambar-gambar tersebut cuma caption romantis yang disertakan dibawah gambar itu secara tidak langsung membuatkan hatinya berasa cemburu.

"Saya faham tujuan dia (Sharnaaz) untuk mempromosikan drama tu. Gambar-gambar tu tak salah dan saya tahu itu antara babak lakonan mereka.

"Tapi kapsyen-kapsyen pada gambar tu yang saya rasa tak patut ditulis sampai begitu sekali. Apapun, sekarang ni saya masih sedang cuba terima dan cuba untuk memahami situasi itu.

"Saya terkejut. Tambah-tambah bila ada kawan-kawan yang hantar gambar tersebut kepada saya. Pada masa tu saya pula saya sedang mengalami sakit belakang. Saya terus tertekan dan teruslah saya twit apa yang saya rasa pada ketika tu", kata Qi Razali.

Ekoran perkara yang tidak disengajakan itu, Qi telah menghubungi Sharnaaz Ahmad dan memohon maaf diatas salah faham yang berlaku.

Ditanya perkembangan hubungannya dan pelakon cantik itu, Qi menjawab bahawa hubungan mereka adalah seperti biasa dan masih lagi dalam prose untuk mengenali antara satu sama lain.

Menurut Qi lagi, dia dan Nely bersepakat untuk menunggu sehingga majlis kahwin kakak Nely iaitu Uqasha Senrose dengan Pekin Ibrahim selepas barulah mereka mahu pikir ke peringkat seterusnya.

"Alhamdulillah semuanya okay. Soal kahwin, tunggu Uqasha dan Pekin lepas dulu. Kemudian baru kami mula berbincang dengan keluarga. Laipun buat masa ni kami berdua masing-masing sibuk dengan penggambaran", katanya.

OHMEDIA: TENGOK GAMBAR NELY DAN SHARNAAZ PUN MEMANG BOLEH BUAT KAMI GELENG KEPALA. APATAH LAGI SI QI RAZALI NI. HURMM..

<b>Sharnaaz Ahmad</b> dan Nelydia Senrose selamat diijabkabulkan <b>...</b>

Posted: 29 Jan 2014 03:27 AM PST


Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose diijabkabulkan - Pasangan pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose baru sahaja selamat diijabkabulkan menerusi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta episod 22.

Mereka kelihatan begitu serasi dan sepadan sehingga admin sendiri pun tertipu. Ingatkan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose betul-betul kahwin, rupanya majlis akad nikah itu sekadar lakonan.

Sharnaaz Ahmad memang segak dan kacak orangnya manakala Nelydia Senrose pula manis dan cantik. Penampilan kekasih Qi Razali itu sememangnya mampu mencairkan hati mana-mana jejaka yang menetap wajahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan