Nuffnang

Jumaat, 21 Mac 2014

awi rafael - Google Blog Search

awi rafael - Google Blog Search


Kemenangan Tiup Semangat Altimet & <b>Awi Rafael</b> - Gua.com.my

Posted: 27 Jan 2014 08:00 AM PST

Penyanyi rap, Altimet menganggap kemenangannya dengan Awi Rafael di Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) di tempat ketiga menerusi lagu 'Kalau Aku Kaya' bukanlah kejayaan mereka semata-mata, sebaliknya ia merupakan kemenangan pemuzik-pemuzik yang memperjuangkan irama Hip Hop.

"Kemenangan ini bukan milik saya tetapi merupakan sesuatu yang sangat berharga untuk genre Hip Hop. Alhamdulillah kemenangan ini membuka pintu untuk genre Hip Hop berkembang lebih luas dalam industri muzik tempatan.

Saya sangat terharu dengan pengiktirafan yang diberikan dan sukar untuk saya ungkapkan betapa bermaknanya kemenangan ini buat genre Hip Hop. Sepanjang 28 tahun AJL dianjurkan, ini adalah kali pertama lagu genre ini berjaya mendapat tempat dalam pertandingan muzik berprestij ini" ujar Altimet ketika ditemui di sidang media AJL 28, pada Ahad.

Altimet juga berharap agar kemenangan itu akan memberi semangat kepada barisan pelapis irama hip hop tempatan terus menghasilkan karya berkualiti, dan seterusnya diiktiraf dalam edisi-edisi AJL akan datang.

Menurut Altimet, senario muzik tempatan kini telah berubah jika dibandingkan dengan 12 tahun lalu di mana ramai tidak memandang serius dengan genre Hip Hop dan hanya menganggapnya sebagai trend. Malah, ramai yang menganggap karya-karya genre ini senang untuk dipersembahkan.

Sementar itu, Awi turut melahirkan rasa gembira kerana kolaborasinya bersama Altimet berjaya membuahkan hasil. Jelas Awi, dia merancang untuk meneruskan kerjasama dengan Altimet, yang disifatkannya sebagai pemuzik yang cukup berbakat.

"Sebagai seorang penyanyi dan penulis lirik muda, saya berbangga kerana berdiri di pentas AJL 28 di samping Altimet yang merupakan seorang karyawan yang begitu dinamik. Kemenangan ini adalah bukti bahawa strategi dan kolaborasi yang betul akan membuahkan hasil," ujar Awi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan