Nuffnang

Jumaat, 21 Mac 2014

Nur Fathia - Google Blog Search

Nur Fathia - Google Blog Search


Nabila Huda maki hamun <b>Nur Fathia</b> di Instagram | CERITA <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2014 05:07 PM PST


Nabila Huda maki hamun Nur Fathia di Instagram - Umum mengetahui, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff bertikam lidah dengan penerbit eksekutif Grand Brilliance, Jalena Rejab sewaktu mereka menjalani penggambaran Ariana Rose di London.

Semuanya gara-gara keengganan Fathia untuk melakukan promo episod akhir Ariana Rose sebaik sahaja penggambaran drama itu tamat pada 26 Januari lalu.

Pergaduhan tersebut mendapat perhatian media sehingga Fathia menjadi mangsa kritikan peminat di laman sosial. Meskipun sudah memberikan penjelasan bagaimana dia boleh berbalah dengan Jalena Rejab namun masih ada kalangan artis yang dilihat kurang senang dengan tindakan Fathia.

Salah satunya ialah Nabila Huda. Menerusi akaun Instagram, pelakon seksi itu memuatnaik sekeping gambar yang memaparkan laporan penjelasan Fathia dan Jalena berhubung kontroversi di London.


Ianya turut disertakan dengan caption yang meminta Fathia menyatakan permohonan maaf daripada menuding jari dan menutup kesalahan selain menyatakan seluruh krew produksi mengetahui perkara sebenar.

Perkongsian Nabila Huda itu mendapat pelbagai reaksi dari pengikutnya di Instagram. Ada yang menyokong, tidak kurang juga yang hairan kenapa Nabila tiba-tiba memuatnaik status berkenaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan