Nuffnang

Jumaat, 21 Mac 2014

Zul Handyblack - Google Blog Search

Zul Handyblack - Google Blog Search


Saudagar Boria Drama (TV1) | InfoTaip

Posted: 20 Mar 2014 07:05 PM PDT

Drama bersiri Saudagar Boria akan mengisi slot Cindai memulakan penyiaran mulai 31 Mac 2014, setiap hari Isnin hingga Kamis, jam 3.05 petang di TV1 (RTM). Drama komedi ini menampilkan pelakon Mamat Sepah, Arin Raja Lawak, John Raja Lawak, Mamu Maidin, Man Belon, Johan Raja Lawak dan ramai lagi.

JUDUL : Saudagar Boria

EPISOD : 13 Episod

TARIKH : 31 Mac 2014

PUKUL : 3.05 petang

SIARAN : Setiap Isnin hingga Kamis

SALURAN : Slot Cindai, RTM TV1

PELAKON : Mamat Sepah, Arin Raja Lawak, John Raja Lawak, Mamu Maidin, Mak Wan Latah, Is Anak Wayang, Zul Handy Black, Hamdan Senario, Man Belon, Johan Raja Lawak.

SINOPSIS SAUDAGAR BORIA

Mengisahkan perjalanan kisa menampilkan golongan jawi peranakan di Pekan Georgetown Penang ( Mamu mami ). Sedang mamu dan mami Georgetown sibuk dengan perniagaan mereka, tiba-tiba muncul tiga ahli perniagaan dari Johor yang bernama Saudagar boria.

Mereka ini datang ke Georgetown semata-mata untuk membuka perniagaan pasaraya ditengah-tengah pekan Georgetown itu. Situasi ini telah mengundang pelbagai konflik diantara peniaga-peniaga lain di pekan Georgetown tersebut.

Maka saudagar boria dengan bijaksana dan penuh karisma ,telah melakarkan strategi psikologi untuk bermuafakat dengan peniaga-peniaga lain. Saudagar boria melakukan persembahan boria di hadapan pasaraya mereka sebagai salam perkenalan.

Peristiwa itu telah menarik ramai perhatian orang awam dan sekaligus menjadikan pasaraya mereka maju. Situasi ini telah melahirkan rasa cemburu di hati peniaga runcit bersebelahan. Maka mereka juga meniru saudagar boria dengan mengadakan persembahan boria sinisan dihadapan kedai mereka. Pekan gerogetown dah mula menjadi pekan boria.

Peristiwa negatif akhirnya menjadi positif. Persembahan boria pada asalnya untuk menunjukkan bantahan, kini menjadi persembahan khas buat setiap pelancong dan juga penduduk yang datang di pekan Georgetown itu. Pekan itu dikenali dengan pekan temasya boria.

Pelbagai karenah dan juga ragam mencuit hati peniaga-peniaga lain yang ingin mendahului saudagar boria didalam persembahan boria pasaraya. Ada yang iri hati, ada yang berhasrat dengki dan bermacam-macam lagi. Namun biar apa pun yang terjadi,persembahan boria saudagar boria dihadapan pasaraya mereka tetap mendapat sambutan pengunjung dipasaraya mereka.

GAMBAR PELAKON


Tiada ulasan:

Catat Ulasan