Nuffnang

Jumaat, 21 Mac 2014

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


Fouziah Gous Nafi Ganti <b>Neelofa</b> Sebagai Pengacara Nona |

Posted: 18 Mar 2014 08:02 PM PDT


Nona adalah satu rancangan TV yang amat berprestij. Bukan senang untuk selebriti-selebriti wanita dipilih mengacarakan program ini. Menariknya setiap tahun pasti ada desas-desus mengenai pengacara baru Nona yang akan menggantikan pengacara sedia ada. Untuk makluman, pengacara Nona sekarang ialah Neelofa dan juga Fara Fauzana.

fouziah gous ganti neelofa

Salah satu nama yang dikatakan akan menjadi pengacara Nona sekaligus menggantikan Neelofa ialah Fouziah Gous. Ramai juga yang terkejut kerana sepanjang mengendalikan Nona, Neelofa dilihat amat selesa dan mantap sekali. Namun menurut Fouziah Gous, dia hanya dijemput mengacarakan Nona untuk satu episod sahaja. Kata Fouziah Gous menerusi portal GUA:-

Saya harap peminat tak bangkitkan isu ini kerana saya hanya dijemput menjadi pengacara untuk satu episod. Tiada apa yang perlu diperbesarkan kerana fokus utama saya adalah berlakon. Saya terima tawaran daripada pihak produksi Nona semata-mata untuk timba pengalaman.

Saya tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang pengacaraan. Lebih-lebih lagi program Nona merupakan satu rancangan berinformasi. Apabila ditawarkan, saya agak ragu-ragu tapi saya cuba juga. Saya harap peminat tidak menjangka sesuatu yang lebih daripada saya kerana ini merupakan percubaan pertama saya sebagai pengacara

fouziah gous ganti neelofa

Diharap semua pihak berpuas hati dengan penerangan ini. Untuk pengetahuan anda juga, Neelofa telah menandatangani kontrak baru untuk memanjangkan lagi khidmatnya bersama Nona. Jadi kepada para peminat Neelofa, anda masih boleh menatap wajah pengacara kegemaran anda pada setiap hari Ahad. Sila tarik nafas lega!!!

P.S: Toyota Innova facelift dilancarkan pada harga RM97,749.90

Baca Yang Ini Pulak:-

Isu Fesyen Di Anugerah MeleTOP, <b>Neelofa</b> Enggan Komen |

Posted: 10 Feb 2014 09:59 PM PST


Kecaman hebat peminat mengenai fesyen yang dikenakan oleh Neelofa ketika Anugerah MeleTOP baru-baru ini sememangnya mendapat liputan meluas. Namun Neelofa mengambil langkah bijak untuk tidak memberikan sebarang komen apabila ditanya mengenai hal ini. Makin dikomen, makin banyak "bahan" yang boleh digunakan oleh orang lain untuk mempersendakan kita. Tak gitu?

neelofa anugerah meletop

Berkata kepada Harian Metro hari ini, Neelofa menerangkan yang keputusan untuk mengenakan pakaian tersebut bukan dibuat oleh dirinya sahaja. Kata Neelofa:-

Saya tak nak panjangkan isu ini. Daripada salah bagi kenyataan yang akan jadi lagi teruk atau besar, lebih baik saya tidak beri komen lanjut.

Kalau itu (pakaian) keputusan saya seorang, saya ok tapi ini membabitkan banyak pihak. Saya tak baca persendaan peminat, cuma apa saya dapat tengok apabila orang hantar di WhatsApp.

Apa yang dipaparkan di media sosial, saya tak buka langsung.

neelofa anugerah meletop

Sementara itu pereka baju "jumpsuit" atau "Power Rangers Pink" iaitu Rosix WanPa berkata yang pihaknya sudah pun mengingatkan Neelofa lebih awal mengenai kemungkinan penampilan itu akan disamakan dengan Power Rangers. Kata Rosix:-

Material kain dia (Neelofa) beli dan kita buat apa disuruh. Dia kata nak buat "jumpsuit", jadi kita buat "jumpsuit".

Sementara itu Hatta Dolmat yang menghasilkan gaun hijau berkata bahawa warna dan fesyen itu adalah mengikut trend semasa. Kata Hatta:-

Neon adalah trend semasa dan beberapa pencinta serta pengkritik fesyen menyukainya. Tapi orang yang tak biasa dengan fesyen atau yang terpengaruh dengan imej-imej kartu, mereka samakan baju itu dengan imej kartun anime.

neelofa hatta dolmat wanpa

Apa pun anggaplah ini sebagai satu pengajaran buat semua yang terlibat. Kadangkala memang fesyen itu nampak cantik dan unik tetapi di mata orang kebanyakan seperti kami ini, memang nampak agak pelik. Apa pun baju Lisa Surihani di Anugerah MeleTOP adalah yang terbaik pada pandangan Abang Nara. Simple dan menyerlahkan lagi kejelitaannya. Tak gitu?

Baca Yang Ini Pulak:-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan