Vanidah Imran - Google Blog Search |
<b>Vanidah Imran</b> Bersenam Setiap Hari Utk Jaga Kesihatan - anizyn Posted: 01 Jan 2014 08:18 AM PST Vanidah Imran Bersenam Setiap Hari Utk Jaga Kesihatan Vanidah Imran (Vee) mengambil inisiatif bersenam hampir setiap hari bagi mengelak daripada terkena sebarang penyakit berbahaya terutamanya, darah tinggi dan diabetis. Vanidah bimbang dirinya mengalami penyakit yang serius, berkemungkinan besar dia tidak dapat menjaga dua orang anaknya iaitu Mikail Aimran, 10, dan Mariyam Rashika, 9 sebaik-baiknya. "Kalau boleh, saya mahu sentiasa kuat untuk jaga anak-anak. Itu yang paling utama, dan kerana itu juga saya bersenam sebaik mungkin untuk mengelak daripada terkena penyakit-penyakit yang serius. "Bayangkan apabila sudah terkena dengan penyakit berbahaya seperti darah tinggi dan diabetis, ia sedikit sebanyak akan mengubah kehidupan kita. Alhamdulillah, sejak setahun lalu, saya mula bergiat aktif dalam aktiviti larian terutamanya," katanya. Dia juga terlibat dengan aktiviti maraton anjuran syarikat-syarikat korporat bersama-sama dengan beberapa rakan artis lain yang antaranya seperti Sofea Jane. Malah, suami Vanidah iaitu Rashidi Ishak serta anak-anaknya turut aktif dengan larian maraton. "Aktiviti sebegini bagus untuk menggalakkan masyarakat bersenam. Saya juga bawa anak-anak menyertai sebarang aktiviti yang melibatkan senaman. "Jujurnya, apabila terlibat sudah biasa dengan aktiviti kecerdasan, ia sekali gus membuatkan diri kita lebih peka terhadap kesihatan terutamanya dalam penjagaan makanan. "Sebagai contoh, apabila saya makan dengan kuantiti yang banyak pada siang hari, saya akan pastikan untuk bersenam di sebelah malam pula. Dan ada juga pada masa-masa tertentu saya tak makan malam," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Vanidah Imran - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan