Nuffnang

Ahad, 2 Mac 2014

Ning Baizura - Google Blog Search

Ning Baizura - Google Blog Search


Konsert <b>Ning Baizura</b> ditunda! – Perak Today

Posted: 17 Sep 2013 12:51 AM PDT

NING BAIZURA

HASRAT Ning Baizura untuk menghiburkan peminat setianya pada konsert Pelangi Untukmu, 21 September ini tidak tercapai kerana konsert tersebut terpaksa ditunda pada tarikh 16 November depan di di TM Convention Centre, Kuala Lumpur.

Menurut Ning, dia terpaksa menundakan konsert terbabit selepas dua buah lagu yang mahu dipersembahkan pada malam konsert itu nanti belum dapat disiapkan.

"Konsert ini memang diadakan sebagai tanda terima kasih kepada peminat saya. Saya sedang sibuk menyiapkan dua buah lagu baru supaya dapat diperdengarkan buat pertama kali kepada mereka.

"Lagu-lagu ini amat dekat dengan saya, justeru saya meletakkan keutamaan yang tinggi. Saya harap ianya akan menjadi sesuatu yang amat bermakna kepada peminat yang hadir menonton konsert itu secara langsung pada tarikh yang baru di tetapkan,"
ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Dalam pada itu, pihak penganjur turut memohon maaf atas permasalahan yang dihadapi. Tiket-tiket yang telah dimiliki masih boleh digunakan atau dipulangkan kembali di kaunter pembelian.

Tiket berharga RM75 dan RM50 boleh didapati melalui www.ticketcharge.com.my\

-SINAR HARIAN

Permata hati <b>Ning Baizura</b>, Omar – Perak Today

Posted: 17 May 2013 09:38 AM PDT

SELEPAS tiga bulan menanti, akhirnya penyanyi popular Ning Baizura dan suaminya, Omar Chris Dalton memperkenalkan bayi sulung mereka, Ryan Sky Dalton dalam satu sidang media di ibu kota, semalam.

Sejak melahirkan anak pada 31 Januari lalu, Ning 'menyorok' wajah anaknya daripada umum kerana mahu mengikut pantang larang ibunya.

Difahamkan sebelum ini, Ning pernah merancang untuk menghantar gambar Ryan kepada media namun di saat akhir dia membatalkan perkara itu supaya anaknya itu diperkenalkan dalam satu majlis lebih teratur.

"Terima kasih kepada pihak media yang sabar menunggu detik indah ini sejak saya melahirkan Ryan tiga bulan lepas.

"Alhamdullilah..walaupun diuji dengan dugaan semasa dia dijangkiti demam kuning, Ryan sembuh dengan cepat tanpa masalah kesihatan," tutur Ning.

Tampil anggun dengan persalinan Datuk Farah Khan, Ning mengakui dia kini sedang giat melangsingkan badannya sebelum kembali aktif dalam dunia seni.

Dalam masa yang sama, Ning turut melancarkan muzik video single pertamanya, Pelangi Untukmu yang dicipta khas buat permata hatinya itu.

"Lagu ini akan dimuatkan dalam album saya iaitu Sky Blues & Lullabies diterbitkan oleh Universal Music Malaysia.

"Secara tak langsung, majlis ini menjadi detik istimewa bagi pelancaran single pertama khas untuk kanak-kanak," katanya.

Ning turut mendedahkan bahawa dia dan suami merancang untuk pulang ke Ireland sekitar Julai atau Ogos bagi membawa Ryan bertemu keluarga sebelah Omar.

- SINAR HARIAN

Suami <b>Ning Baizura</b> Gay Bersama Lelaki Lain? | Scripters

Posted: 11 Feb 2014 04:00 AM PST

Pada awalnya Ning Baizura merasakan sesuatu yang tidak kena pada suaminya yang kurang mengambil perhatian terhadapnya. Namun akhirnya Ning mendapat jawapan apabila mendapat tahu suaminya telah melakukan hubungan yang terlarang bersama lelaki lain. Kepada peminat Ning Baizura jangan terkejut dengan berita ini. Suami yang dimaksudkan bukanlah suaminya yang sebenar iaitu Omar Sharif tetapi suami Ning yang dimaksudkan adalah watak dalam musik video terbarunya. Ini adalah antara babak-babak yang dilakonkan dalam Muzik video tersebut berjudul "Bukan Wanita Sempurna". Hehehe


Mana tidaknya, kisah suami curang dengan kaum sejenis adalah mimpi buruk bagi semua wanita dan Ning berani mengetengahkan isu ini. Kemunculan diva suara besar ala soprano ini memang dinanti-nantikan selepas satu demi satu strategi diatur demi comeback dalam dunia seni nyanyian.
Jom layan lagu tersebut....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan