Nuffnang

Ahad, 2 Mac 2014

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


<b>Que Haidar</b> Pilih 4 Pengarah Sahaja – Perak Today

Posted: 10 Mar 2013 06:00 PM PDT

Pelakon Que Haidar hanya memilih empat pengarah hebat iaitu Mamat Khalid, U-Wei Saari, Dain Said dan Wak Khalid sekiranya ditawarkan berlakon filem.

Que berkata, empat pengarah itu merupakan antara yang digemarinya kerana kreativiti yang dimiliki mereka dalam setiap filem yang dihasilkan.

"Memandangkan pelibatan saya dalam lakonan sangat kurang, jadi saya senang dengan bersikap memilih.

"Tawaran yang diberi hanya akan saya terima jika filem itu diarahkan oleh Mamat Khalid, U-Wei Saari, Dain Said dan Wak Khalid. Mereka sangat kreatif dalam mengembangkan plot cerita dan watak," katanya.

Tambah Que yang sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk bersara di bidang lakonan, dia kini sedang membuka ruang kepada diri untuk mengeksplorasi watak-watak yang belum pernah dibawakannya sebelum ini.

"Mungkin ia kedengaran seperti angkuh. Tetapi saya mahu sesebuah watak yang diberi benar-benar memberi kesan terhadap kredibiliti saya," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perkembangannya yang terbaru, Que kini sibuk dengan pengajaran kelas-kelas lakonan menerusi bengkel-bengkel yang dianjurkan.

Selain itu Que juga banyak membantu isterinya dalam menguruskan kerja-kerja persembahan tarian isterinya, Linda Jasmine.

"Sekarang ini saya dan isteri saling berbahagi kerja. Selain menguruskan studio tarian isteri di Ampang, saya juga mengadakan beberapa bengkel lakonan buat anak-anak muda yang berminat.

"Selain itu, saya juga sibuk menghadiri pelbagai undangan untuk memberi ceramah bagi pelajar-pelajar jurusan seni persembahan.

"Alhamdulillah, kerja-kerja ini sudah menjadi keutamaan saya manakala lakonan pula lebih ke arah hobi," tuturnya.

-mStar

Wajah Comel Anak Anak <b>Que Haidar</b> Dan Linda Jasmine <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2014 07:12 PM PST

Mencari Peluang Kerja Dari Rumah
"Peluang Bekerja Di AUSTRALIA Gaji Lumayan"..KLIK SINI..

tengku Seronok melihat wajah dan keletah 2 anaknya  Que Haidar Dan Linda Jasmine iaitu Tengku Ratu Haidar, 5, dan  Tengku Cleopatra yang kini berusia 3 tahun di dalam foto yang dimuat naik dalam laman sosial.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Keletah dan gelagat anak dara mereka sangat comel apabila semakin membesar. Apa yang pastinya, Ratu, Murai Batu lihat dah mula ikut jejak langkah ibunya apabila mengikuti kelas tarian ballet.

Bukan sahaja pandai menari, malah pandai juga 'berposing'depan kamera. Ayahnya, pula rajin melayan keletah anak-anak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan