ramlah ram - Google Blog Search |
<b>Ramlah Ram</b> Diugut Selepas Akaun Facebook, Twitter Digodam <b>...</b> Posted: 09 Oct 2012 06:41 PM PDT Penjenayah siber berjaya menggodam beberapa laman sosial milik penyanyi Ramlah Ram sehingga meletakkan status serta mesej berbaur ugutan terhadap penyanyi itu dan juga beberapa artis lain. Presiden Kelab Peminat Ramlah Ram Group (RRG), Idmiszal Soaid berkata, dia menyedari perkara itu pada pagi Sabtu lalu apabila terbaca di sebuah blog yang mengatakan laman Twitter milik Ramlah digodam. "Tidak lama kemudian iaitu pada pukul 3 petang hari yang sama penggodam itu menghantar mesej berbaur ugutan dalam Twitter Ramlah yang ingin memusnahkan semua akaun laman sosial milik Ramlah termasuklah Facebook, E-mel dan akaun YouTube. "Lebih menakutkan apabila penggodam mengugut (di Facebook) mahu menggodam telefon bimbit serta komputer riba Ramlah bertujuan untuk mendedahkan foto-foto peribadi miliknya," katanya yang dihubungi mStar Online di sini petang Selasa. Tambah Idmiszal, Ramlah yang baru pulang dari Terengganu pada malam Sabtu lalu terus membuat laporan polis di Balai Polis Kajang kira-kira pukul 1 pagi (Ahad) selepas mendapat tahu kejadian tersebut. Malah, sebagai langkah keselamatan, Ramlah bertindak menghubungi beberapa bank bagi menyekat akaun-akaunnya agar segala urusan dihentikan buat sementara waktu. (Status menerusi akaun Twitter ini bukan tulisan Ramlah Ram kerana ia sudah dicerobohi individu tidak bertanggungjawab) "Selain Ramlah, saya juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Kajang dan dua orang ahli RRG membuat laporan serupa di Taman Pelangi, Johor kerana akaun laman sosial kami juga digodam. "Malah penggodam itu telah menghantar mesej kepada saya dengan mengatakan dia tidak sukakan sebarang promosi yang berkaitan Ramlah. Peliknya, orang yang menghantar mesej itu daripada seorang lelaki negara luar. "Dia siap ugut mahu menggodam laman sosial artis-artis lain pula seperti Azwan Ali, Lisa Surihani dan Fazura," ujarnya. Ditanya keadaan Ramlah, Idmiszal berkata, penyanyi itu menjadi fobia sehingga dia tidak berani untuk menjawab sebarang panggilan telefon. "Dia masih lagi fobia tambahan pula pelbagai ugutan yang diterima. Begitu juga dengan kami, takut juga apabila ada yang cuba dengki mahu menjatuhkan reputasi Ramlah. "Tambah pula dia album barunya iaitu Aspirasi Cinta akan dipasarkan pada Jumaat ini yang diterbitkan sendiri oleh RRG. Saya takut ada yang tidak senang hati," ujarnya. Sementara itu Ramlah Ram yang dihubungi tidak menjawab panggilan telefon bagi mengulas kejadian tersebut. -mStar Online |
5:00 Minit by <b>Ramlah Ram</b> ft Caprice & Dem Lepak Boyz - that jmbelog Posted: 04 Feb 2014 02:11 AM PST And I got 5 minutes right about now We got Ramlah Ram right next to me Seandainya cinta ini bisa membahagiakan Pastinya dunia ini akan ku miliki Walau ku tidak mampu untuk meluahkan Harapan cintaku ada di hati mu Seharusnya aku dapat diberi peluang Untuk menyayangimu sepenuh hati Mungkinkah kau kan terima ku seadanya Kerna ku belum tahu kau mencintaiku What's up girl it's your boy Young hovo so far and I'm trying closer If friends talk ain't that great Wait a minute girl I believe in fate I've been thinking about you Oh sayang kini engkau perlu tahu Ku tak ingin menjadi pemuja rahsia Mencintaimu satu saat yang bermakna Ku menanti lafaz cinta tiga kata Andai kau sang pencinta wanita Kau pasti kan dapat melihat aku di matamu Jujurnya adakah kau sudah berpunya Membiarkan hatiku dalam dilema Sebenarnya Caprice dah lama Tiba waktu saat ku nanti akhirnya pasti Kau lafazkan cinta seribu pengertian Lima minit yang ku tunggu saat bermakna Kau kini menjadi milikku selamanya Oh sayang kini engkau perlu tahu Ku tak ingin menjadi pemuja rahsia Mencintaimu satu saat yang bermakna Ku menanti lafaz cinta tiga kata Andai kau sang pencinta wanita Kau pastikan dapat melihat aku di matamu Jujurnya adakah kau sudah berpunya Membiarkan hatiku dalam dilema There's nobody else like me Most likely and not like me They are four maybe three Take your two when I really got one Dikau saja yang berkilauan Ku sentiasa di awan nano nano Yeah I know ke angkasa I follow So we should get together Oh sayang kini engkau perlu tahu Ku tak ingin menjadi pemuja rahsia Mencintaimu satu saat yang bermakna Ku menanti lafaz cinta tiga kata Andai kau sang pencinta wanita Kau pasti kan dapat melihat aku di matamu Jujurnya adakah kau sudah berpunya Membiarkan hatiku dalam dilema Sayang jangan kau bimbang Sayang jangan kau bimbang |
You are subscribed to email updates from ramlah ram - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan